Selera & Santai 13 Jul, 2025

Jom kita masuk dusun makan durian! Pesta durian meriah di campsite Dusun Raja! Milik Mak Su Aishah!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Antara chalet yang boleh disewa di campsite Dusun Raja di Tikam Batu, Kedah. 


Salah sebuah chalet tradisional di Dusun Raja milik Mak Su Aishah.


Musim durian kembali! Kehadiran raja buah ini memang ditunggu- tunggukan oleh para peminat durian. 

Pada musim durian ini juga berlambak-lambak durian dijual di tepi jalan. Gerai durian pula muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Harga juga pastinya memeningkan kepala tetapi jika suka, harga tidak lagi jadi masalah. 

Banyak cara untuk makan durian. Di rumah, di tepi jalan dan makan beramai- ramai. Ada yang buat santan pulut dimakan dengan durian. Ada yang buat serawa atau pengat. Dan ada yang makan begitu sahaja. Itulah istimewanya durian! 

Namun bagi Aishah Ahmad, 70, yang mesra disampa Mak Su, dia dan keluarga ada cara tersendiri untuk mengajak orang ramai makan durian. 

Selain memiliki dusun seluas 24 relong di Dusun Raja di Tikam Batu, Kedah, Mak Su Aishah juga menjadikan dusun durian miliknya sebagai campsite (tapak perkhemahan) untuk penyewa dan pengunjung menikmati durian dalam dusun. 

“Musim durian mula pada awal bulan Jun dan habis hujung bulan Julai. Inilah masa untuk. Sesiapa yang berminat nak makan durian dalam dusun datang?“ pelawa Mak Su.


Aishah Ahmad atau Mak Su Aishah.


Pulut durian menjadi hidangan utama campsite Dusun Raja milik Mak Su Aishah.


Suami Mak Su, Yusoff Md Isa menjadi tulang belakang kepada usahanya memgembangkan campsite tersebut. 

“Setakat ini campsite ini mendapat sambutan memuaskan daripada penduduk setempat, para pelajar sekolah, NGO dan sebagainya. 

“Alhamdulillah ramai yang suka makan durian di sini sambil melakukan aktiviti lain seperti mendaki bukit, hiking dan gotong royong memasak,“ cerita Mak Su. 

Menurut Mak Su, selain campsite dusun ini dia juga mempunyai kedai jual barang-barang haji dan  umrah.

Bercerita tentang campsite, Mak Su Aishah memberitahu kalau hendak masuk dan menginap sambil makan durian, 50 orang ke atas lebih kurang, pihaknya mengenakan bayaran RM35 seorang.


Makan ala kampung bagi menikmati juadah dan buah durian serta buah-buahan lain.


Dengan harga tersebut mereka boleh makan sampai kenyang. Tapi kalau nak bawa balik, harganya lain lah, “ Ujar Mak su Aishah yang mempunyai 7 orang anak dan 23 orang cucu. 

Di Dusun Raja Tikam Batu milik keluarga Mak Su Aishah ini selain durian ada juga buah dukung, manggis, rambutan dan langsat.

Mengenai sewa campsite pula, kata Mak Su Aishah, caj yang dikenakan sangat berpatutan dan mampu oleh semua yang teringin menikmati suasananya. 

“Di campsite ada 5 buah chalet. Yang besar muat 80 orang, yang kecil muat 10 orang.

“Untuk makan durian pula bagi pelajar jika borong, harga 1 org RM40 sekali makan. Syaratnya 80 orang ke atas,” jelas Mak Su. 

Bercakap tentang makanan pula, kata Mak Su, pihaknya turut menyediakan makanan untuk tetamu 3 kali sehari atas permintaan. 

“Jangan risau makanan semua dimasak sendiri oleh anak-anak Mak Su,” kata Mak Su Aishah. 

Sesiapa yang berhajat menikmati durian dalam dusun inilah masanya menempah chalet atau campsite milik Mak Su Aishah. 

“Jangan lambat. Permintaan sangat tinggi pada musim ini. Durian sedang gugur sekarang,“ katanya. 


Bilik chalet dengan katil yang selesa dan kemas 


Antara tempat berehat peserta.


Musim durian hampir sampai ke penghujung. Jangan terlepas peluang untuk makan durian cara baharu. Masuk dusun makan durian. Rakam momen manis bersama famili dan sahabat. 

Kepada yang berminat untuk menikmati durian dalam dusun boleh hubungi  Mak Su Aishah melalui talian 019-444 7413 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut. - KitaReporters


Peserta kem bergambar ramai di dusun durian. Di belakang Dusun durian Mak Su yang luas dan berbukit bukit itu, para penyewa boleh mendaki jika menyewa chalet di sana.

10
6
0
11
0
You will be interested