Selera & Santai 18 Apr, 2024

Video| Tahu tak? Rotan muda atau umbut boleh dimakan! Enak dicecah bersama sambal cili, ikan bilis!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sebut sahaja rotan, pasti terbayang khazanah hutan itu dijadikan perabot dan pelbagai jenis perkakas. Namun tahukah anda, rotan boleh juga dimakan? Mungkin ramai tidak tahu rotan muda boleh dijadikan hidangan yang menyelerakan.

Ia lebih kurang buluh juga. Buluh tua boleh dibuat pelbagai jenis perkakas. Manakala buluh muda iaitu rebung boleh dijadikan hidangan seperti masak lemak.

Namun begitu, mungkin rotan kurang dikenali berbanding buluh kerana sukar untuk mendapatkannya apatah lagi di bandar-bandar besar. Justeru, bagaimana pula kaedah memasaknya? Yelah, tak semua orang pandai atau tahu cara memasaknya. Adakah ia sama seperti kita memasak rebung?


Rotan muda yang siap dibakar akan dibuang kulitnya.


Biasanya rotan muda dibakar terlebih dahulu di atas dapur arang yang panas selama sekitar 25 hingga 30 minit. Kemudian kulitnya dikupas dan isinya yang berwarna putih atau kelabu dipotong menjadi kepingan. 

Potongan rotan muda kemudiannya dimakan dengan mencecahkannya ke dalam sambal cili yang boleh digaul bersama limau nipis dan hirisan bawang merah.

Di negara jiran, Indonesia, buluh muda ada di jual di bazar Ramadan. Seorang pengguna TikTok berkongsi video proses memasak rotan muda. 

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang membakar rotan muda untuk dijual. Sekali pandang, paling tak tumpah macam tebu. 

"Rotan muda atau boleh dipanggil pakat, makanan khas Mandailing. Rasanya sangat pahit dan bagi mengurangkan rasa pahit boleh dimakan bersama sambal cili.

“Dan di sini juga mereka menjual setiap hari, bukan hanya pada bulan puasa. Untuk 1 pek harganya hanya 10k (RM3). Lokasinya di Jalan Denai Medan. Jadi, adakah anda pernah makan rotan?” tulisnya.



Perkongsian tersebut mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang pernah makan dan sebaliknya. 

Malah, ada juga netizen dari Malaysia terutama dari Sabah dan Sarawak yang memberi komen. Menurut mereka, nama panggilan terhadap makanan tersebut berbeza. 

“Sini Sabah panggil rotan temberua. Sedap digoreng campur ikan bilis,” tulisnya.


 



Menerusi pencarian di Google, kalau di Malaysia rotan muda atau umbut rotan digemari masyarakat di Kepulauan Borneo terutamanya kaum Iban, Bidayuh, Kayan, Melayu, Kenyah dan sebagainya. 

Berbagai jenis cara masakan dan sajian dihasilkan daripada umbut ini mengikut cita rasa kaum masing-masing. - KitaReporters


13
6
0
15
0
You will be interested