Selera & Santai 27 Feb, 2020

MAKAN MASAKAN BARAT TANPA HARGA WESTERN

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

RAMAI antara kita menggemari makanan Barat (Western food) seperti steak, lamb chop, chicken chop dan sebagainya tetapi tidak dapat selalu menikmatinya kerana harganya dianggap mahal berbanding makanan lain. Tetapi andaian ini agak subjektif. Sebenarnya harga banyak bergantung di mana anda hendak menjamu selera. : KitaReporters.com

ENAKNYA Lamb Chop yang disiram dengan sos lada hitam, dihiasi dengan French fries.


Jika di hotel atau tempat Western food ternama dan eksklusif pasti harganya agak tinggi.

Misalnya di restoran ternama, harga stek daging lembu sebagai contoh boleh mencecah hingga puluhan ringgit. Harga ini dianggap sejajar dengan kedudukan tempat-tempat berkenaan yang  disifatkan sebagai berprestij.

Namun jika anda ingin menikmati makanan Barat, tidaklah perlu pergi ke tempat ternama dan mahal. 

Tanpa pergi ke tempat-tempat seperti itu anda boleh menikmati makanan tersebut dengan harga lebih murah.

Ini kerana makanan ini sudah banyak terdapat di restoran atau gerai makanan biasa yang menawarkan harga munasabah. 

Pada masa sama, keenakannya juga tidak kurang daripada yang anda nikmati di restoran-restoran besar.

MENU di Restoran Hasan Dinar di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Pilih sahaja apa yang ingin dinikmati.


Sebagai contoh, Restoran Dinar Hasan di Batu 4 ½ Jalan Gombak, Kuala Lumpur adalah tempat sesuai untuk anda kunjungi untuk menjamu selera makanan Barat tanpa memerlukan belanja terlalu banyak.

Harga makanan barat di sini lebih rendah berbanding tempat ternama lain. Justeru anda tidak perlu menyediakan bajet tinggi untuk datang makan bersama kawan atau keluarga.

Restoran terbuka ini yang terletak berhampiran Masjid Batu 4 ½ Gombak (Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas), memang menjadi tempat tumpuan peminat makanan Barat. 

Mereka boleh memilih daripada pelbagai menu yang disediakan menurut cita rasa masing-masing.

CHICKEN CHOP sangat menyelerakan memenuhi cita rasa penggemar ayam.


Antaranya Sizzling Beef Steak (RM17.80), Lamb Chop (RM8.80), Fish and Chip (RM8.80), Chicken Chop (RM6.80), Grilled Chicken Chop (RM8.80) dan Sizzling Lamb Chop (RM17.80).

Perhatikan harga Lamb Chop, Chicken Chop dan Grilled Chicken Chop yang tidak sampai RM10.00, lebih murah berbanding tempat lain, apatah lagi restoran ternama.

Jika anda peminat makanan pasta, restoran ini juga menyajikan pelbagai makanan pasta seperti Aglio Olio Chicken, Carbonara dan Bolognese.

Untuk makanan sampingan,  anda boleh memesan sup cendawan, garlic bread, French fries, coleslow dan kentang putar (mashed potatoes).

Juga menarik, ada menu nasi goreng yang disebatikan dengan makanan Barat ini. Misalnya Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Chicken Grilled, Nasi Goreng Lamb Chop dan Nasi Goreng Fish and Chips.

FISH AND CHIPS satu lagi menu yang disajikan di Restoran Dinar Hasan, Jalan Gombak.


Berkunjunglah ke Restoran Dinar menikmati makanan barat kegemaran anda. 

Duduk menjamu selera dengan menyaksikan pemandangan malam di Gombak serta mendengar kereta lalu lalang memang menyeronokkan.

Pihak restoran akan berusaha memastikan anda mendapat layanan mesra dan cepat. Makanan akan sampai ke meja anda tidak lama selepas dipesan. 

Anda akan berpuas hati dengan makanan yang disajikan dan layanan diberikan. - KitaReporters.com

SEBAHAGIAN orang ramai asyik menikmati hidangan di Restoran Hasan Dinar, berlatarbelakangkan Jalan Gombak.

9
1
3
1
0
You will be interested