Selera & Santai 12 Jul, 2020

Kenapa Fazley tutup SukaSucre Bistro? Buka pula Minang Tapau

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

DUA hari lalu (Jumaat, 10 Julai 2020) penyanyi bergelar cef, Datuk Fazley Yaakob menerusi Instagramnya mengumumkan premis SukaSucre Bistro miliknya yang terletak di Taman Pertama, Cheras, ditutup selepas sekian lama beroperasi. Kenapa tutup pulak??? : KitaReporters

Fazley tutup premis di Cheras untuk membuka SukaSucre Bistro yang baharu. Foto:IG Fazley


Opps! Jangan nak bertepuk tangan kerana penutupan itu bukan kerana bankrap atau kurang mendapat sambutan. Sebaliknya, Fazley, 42, akan membuka SukaSucre Bistro di tempat baharu dan masih dalam pengubahsuaian

“Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada 2012, saya tak sangka bahawa perjalanan hidup saya yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang cef.

“Dengan restu dan izin arwah bapa dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan SukaSucre Bistro,” tulisnya dalam Instagram.

Tambahnya, selama tujuh tahun beroperasi, beliau banyak mendapat liputan daripada pihak media dan beratus-ratus artikel tentang restoran miliknya dikeluarkan.

Hasil promosi media dan daripada pelanggan sendiri, SukaSucre Bistro turut menerima berpuluh-puluh anugerah yang di luar jangkaan.

Sepanjang mengurus SukaSucre Bistro, Fazley telah mendapat banyak anugerah kerana kualiti yang ditampilkan.


“Selain menerima anugerah, pihak SukaSucre Bistro turut menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak termasuk dari dalam dan luar negara. 

"Demi sokongan orang ramai, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu,” akuinya.

Penyanyi yang digelar Abang Asmara kerana lagu Asmara dendangannya itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang selama ini menyokong perjalanan SukaSucre Bistro.

“Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami, yang datang dari dekat dan jauh. 

"Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik pun sebagai anggota dapur, pengurusan ataupun helpers/cleaner. 

"Jasamu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini,” katanya sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan dan bekas kakitangan restoran miliknya itu.

Fazley akan buka sebuah restoran lain, Minang Tapau sebelum SukaSucre Bistro mula beroperasi di tempat baharu.


Sebagai orang yang berbudi bahasa, Fazley juga tidak lupa mengucapkan terima kasih di atas segala ilmu yang diterima daripada Cef Wan, cef Joe dan tenaga pengajar di Le Cordon Bleu Paris, tempat beliau belajar dulu. 

Sementara itu, Fazley turut mengumumkan bahawa beliau akan membuka sebuah lagi restoran iaitu Minang Tapau sebelum SukaSucre memulakan operasi di tempat baharu. KitaReporters

2
1
0
0
0
You will be interested