TAHUN 2019 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan ketibaan 2020 pastinya disambut dengan penuh kegembiraan. Bagi yang belum ada perancangan atau masih terfikir-fkir lokasi untuk sambut tahun baharu sambil saksikan pertunjukan bunga api, jom kita datang beramai-ramai ke Festival Lights and Motion Putrajaya (LAMPU) 2019. : KitaReporters.com
FESTIVAL Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) akan bermula pada 28 Disember hingga malam ambang tahun baharu 2020.
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, bakal dilimpahi cahaya sempena penganjuran Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2019 yang akan bermula pada 28 Disember hingga malam ambang tahun baharu 2020.
Program kali ketujuh anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) itu akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 dan penganjuran kali ini adalah terbesar sempena Pelancaran Sambutan Jubli Perak Putrajaya.
Presiden PPj, Datuk Aminuddin Hassim, berkata pihaknya berbesar hati menjemput orang ramai hadir dan kemuncak Festival LAMPU 2019 adalah pada 31 Disember yang akan diadakan pertunjukan bunga api dan persembahan bunga api digital.
TAHUN LALU.. Festival LAMPU 2018 Putrajaya mewarnai keindahan Dataran Putrajaya di Presint 3.
Menurut beliau, penganjuran LAMPU 2019 ini adalah kali ketujuh diadakan sejak 2013 dan pada tahun ini, bakal menyasarkan sebanyak 1 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.
Katanya, LAMPU 2019 yang akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 12.30 tengah malam berkonsepkan “kepelbagaian budaya dan etnik” di Malaysia dan sesuai bagi semua peringkat umur.
"Tarikan utama LAMPU 2019 kali ini adalah pengunjung berpeluang buat julung kalinya merakamkan ucapan “personalised message” secara swafoto (selfie) yang akan dipaparkan pada layar utama di bangunan Istana Kehakiman (POJ).
FESTIVAL LAMPU 2019 menjadi penganjuran terbesar sejak diadakan tujuh tahun lalu.
"Penganjuran Festival LAMPU 2019 secara umumnya mengketengahkan kemodenan dan transformasi industri pencahayaan di Malaysia dan program diadakan selama empat hari itu menjadi penganjuran terbesar sepanjang tujuh tahun penganjurannya.
"Sejajar dengan ‘Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya’ penganjuran festival ini akan memberi tumpuan kepada keindahan dan keunikan seni bina bangunan-bangunan, jambatan-jambatan serta situasi bandar dalam taman di pusat pentadbiran kerajaan ini dengan dipenuhi cahaya berwarna-warni.
"Pengunjung boleh menikmati pemandangan esklusif LAMPU 2019 dengan duduk bersantai di atas 'bean bag' yang dibuka secara sewaan bagi persembahan projection mapping secara orang kenamaan.
"Kita juga menyediakan pot makanan secara 'food truck' bagi menawarkan lebih 100 gerai dengan pilihan lebih 1,000 menu juadah tempatan dan buah-buahan tempatan dengan ruang makan santai indah," katanya.
PERTUNJUKAN Pemetaan Cahaya Mega (Grand Projection Mapping) yang dipancarkan pada fasad Bangunan Istana Kehakiman.
Antara program yang akan diadakan adalah Projeksi Pemetaan Cahaya Mega, pertandingan e-games, wayang kulit, wayang pacak dan Street of Hologram.
Sebanyak tujuh segmen akan dipersembahkan kepada pengunjung yang berunsurkan elemen 'Beautiful Malaysia' dengan memaparkan keunikan makanan, kemeriahan sambutan perayaan, kejayaan dalam bidang sukan dan keindahan alam flora serta fauna di Malaysia.
Lebih daripada 18 pengisian akan diadakan, antaranya Pertunjukan Pemetaan Cahaya Mega (Grand Projection Mapping) yang akan dipancarkan pada fasad Bangunan Istana Kehakiman, Vibrant Street yang berkonsepkan “China Town & Little India”, Magnificent Garden berkonsepkan ‘Taman Alam
Melayu”, Toy Arcade, Vintage & Music Fest di Auditorium Cempaka Sari Kompleks PPj, Pertunjukan Indoor Interactive Mapping melalui Dome 360, dan pelbagai pengisian lain yang bakal menarik perhatian pengunjung.
SEPERTI tahun lalu, Festival LAMPU 2019 bakal mewarnai keindahan malam Putrajaya.
Selain itu, dekorasi indah bercahaya warni-warni akan menjadi pilihan bagi kaki foto tidak kira yang professional mahupun pengemar instagram untuk merakam kenangan di laman kampung Melayu, China Town dan Little India.
Sepanjang festival itu berlangsung pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai pertunjukan kesenian dan budaya. - KitaReporters.com
FESTIVAL LAMPU 2019 Putrajaya menjanjikan kemeriahan kepada pengunjung.
FESTIVAL LAMPU 2019 menyasarkan 1 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.