Selera & Santai 09 May, 2021

Program amal berbuka puasa Rider Otai Besut Club! Agih 200 nasi berempah di Pantai Kg Pacakan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Jawatankuasa penganjur program mengagihkan bukusan juadah kepada pengunjung pusat riadah Pantai Kampung Pacakan, Kuala Besut


MENJELANG beberapa hari lagi Ramadan yang akan berakhir dan disambut dengan kehadiran Aidilfitri, semakin banyak pihak yang tampil menganjurkan program amal dan bersedekah untuk mengambil berkat pada bulan yang dianggap mulia kepada umat Islam.

Program Amal Agihan Juadah Berbuka Puasa anjuran kelab Rider Otai Besut Club Edition Ramadan satu lagi aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mendapat sanjungan daripada komuniti di daerah Besut, Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan juadah berbuka

Sukarelawan Kelab Rider Otai Besut bergotong royong menyiapkan juadah berbuka puasa  untuk diagihkan kepada orang ramai.


Pengagihan juadah berbuka dengan menu nasi berempah yang diadakan di Dataran Pantai Kampung Pacakan, Kuala Besut agak berlainan daripada aktiviti yang pernah dianajurkan mana-mana NGO kerana ia menyediakan juada berbuka di pesisiran pantai yang menjadi lokasi orang ramai beriadah.

Pengerusi Penganjur, Roslan Che Yusof, 49, berkata program yang julung kali diadakan memberi fokus bukan sahaja kepada pengunjung di pusat rekreasi tersebut malah ia juga turut diedarkan kepada pelajar tahfiz dan penduduk setempat.

Katanya, selain nasi berempah pihaknya juga turut mengagihkan pelbagai jenis kuih, kurma dan air mineral kepada pengunjung pusat rekreasi di persisiran pantai tersebut. 

Roslan berkata, dalam tempoh satu jam pihaknya selesai mengagihkan kira-kira 200 bungkus nasi berempah, kuih dan air meniral kepada pengunjung di dataran berkenaan. 

“Program tersebut dianggap meriah dan mampu menyemaikan semangat kerja berpasukan antara ahli-ahli kelab selain merapatkan hubungan dengan komuniti,” katanya.


Ahli Jawatankuasa Kelab bergotong royong menyiapkan bungkusan juadah berbuka puasa kepada orang ramai


Roslan berkata, kejayaan penganjuran program itu mendorong pihaknya merancang untuk mengadakan program sama pada masa akan datang.

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada pelbagai pihak yang tampil bekerjasama dengan memberi sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan barangan kepada kelab tersebut dalam usaha menjayakan program kemasayarakatan itu.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana program itu dapat berjalan lancar sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi daerah Besut yang berkuat kuasa 7 Mei hingga 20 Mei 2021. - KitaReporters


Pemandu kenderaan yang melalui lokasi dataran turut menerima agihan juadah berbuka puasa

7
1
0
1
1
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago