Selera & Santai 28 Jul, 2020

Gagal patuh SOP! 111 kedai makan di Terengganu diarah tutup!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SIKAP degil dan tidak ambil berat terhadap arahan pihak berkuasa menyebabkan 111 pemilik premis makanan di negeri Terengganu tidak dapat menjalankan perniagaan harian apabila diarah tutup oleh pihak berkuasa kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan. : KitaReporters 

Kedai makan di Terengganu tidak ikut SOP diarah tutup. - Gambar hiasan


Daripada jumlah itu, Kemaman catat jumlah paling tinggi premis diarah tutup apabila merekodkan 47 buah, diikuti Kuala Terengganu (32), Setiu (13), Besut (10), Dungun (8) dan Kuala Nerus (1). 

Penutupan biasanya selama tiga hingga tujuh hari untuk premis terbabit mencukupkan syarat pematuhan SOP. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, ia termasuk 14 premis yang dihentikan operasinya pada 26 Julai 2020 akibat kesalahan pelanggaran SOP.

Katanya, kesemua kesalahan itu dikesan dalam Operasi Patuh Khas PKPP Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sejak 10 Jun 2020 lalu.

“Antara kesalahan dilakukan ialah tidak merekodkan butiran pelanggan dan tiada penjarakan dua meter antara meja pelanggan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak 


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus 


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, tempoh penutupan juga bergantung kepada tahap kebersihan premis.

"Ini, katanya, dilakukan di bawah Seksyen 18 (1) (f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya telah memeriksa sebanyak 3,662 premis makanan serta mengesan sebanyak 115 kesalahan.

“Angka itu mungkin bertambah memandangkan terdapat lagi beberapa daerah yang masih belum dijalankan. 

"Penguatkuasaan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP yang dikeluarkan sepanjang tempoh PKPP yang berakhir 31 Ogos 2020 nanti,” katanya.

Katanya, Ops pematuhan SOP bukan untuk mencari kesalahan masyarakat, tetapi mahu memastikan tahap kepatuhan terhadap SOP demi menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai. - KitaReporters

8
4
7
4
1
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago