Selera & Santai 23 Oct, 2020

1,000 sehari! The Waroong jual roti kamat terbaik! Jom makan

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SIAPA sangka, bermula ingin mencuba kemudian tertarik dengan kerajinan emak saudaranya yang begitu tekun berbudi dengan tepung gandum akhirnya seorang wanita muda berjaya mengusahakan roti kamat sehingga jualannya boleh mencecah 1,000 biji sehari ketika ini. : KitaReporters

 

NADHIRAH Zakaria (kiri) bersama seorang pekerjanya sedang menunjuk roti kamat di The Waroong Kampung Binjai, Chukai, Kemaman, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan peniaga:

https://kitareporters.com/search?search=peniaga


Walau bagaimanapun, jualan makanan tradisional sebanyak itu hanya bergantung pada hari minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad sahaja disebabkan sewaktu itu ramai pelanggan yang berkunjung ke kedainya jika dibandingkan hari-hari biasa jumlah jualannya berkurangan sedikit sekitar 600 biji hingga 700 biji sehari

Kebanyakan orang ramai yang datang ke kedai diusahakan oleh peniaga wanita itu, Nadhirah Zakaria, 32,  yang juga premis berkenaan dikenali The Waroong untuk memakan roti kamat di situ kerana rotinya lembut, tidak berminyak serta cita rasanya enak selain harganya murah, hanya tiga biji  RM1 sahaja. 

ORANG ramai sedang menjamu selera di The Waroong.


Kedai tersebut yang termasuk dalam senarai Kedai Menarik di Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu itu terletak di Kampung Binjai, Chukai, Kemaman, iaitu tepi jalan raya sebelah kiri dari bandar Chukai, Kemaman iaitu tidak jauh dari Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Terengganu. 

Nadhirah memberitahu, roti kamatnya boleh dicicah dengan kuah gulai kari ayam serta kambing dan bagi mereka yang mahu makan ayam dan kambing dijual dengan harga RM5 hingga RM6 seketul. 

NADHIRAH ZAKARIA


Apa yang menarik tentang roti kamat itu yang sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai adalah ia tidak akan menjadi keras walaupun sampai ke malam sebaliknya makanan itu tetap menjadi lembut serta enak lagi untuk dimakan  jika dibandingkan dengan roti kamat  orang lain. 

``Kebiasaannya orang ramai yang datang ke warong saya selepas mereka makan di sini mereka membeli pula roti kamat antara RM10 hingga RM20 seorang untuk dibawa pulang ke rumah.


 


``Sebagaimana saya katakan tadi, perniagaan saya agak laris pada hari minggu kerana pada hari itu ramai pengunjung dari luar daerah Kemaman seperti dari Kuantan, Dungun dan Kuala Terengganu datang melawat Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman dan selepas mereka pulang dari zoo itu mereka akan singgah di warong saya,’’ katanya ketika dihubungi pada Rabu, 21 Oktober 2020 lalu. 

Selain menjual roti kamat, The Waroong yang mula beroperasi sejak hampir dua tahun lalu mempunyai lima pekerja itu turut menyediakan pelbagai jenis makanan lain dan air minuman untuk para pelangannya yang datang ke situ.



Antara menu yang ada di waroong yang beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat itu ialah set ikan tilapia panas (RM9-RM12), nasi kukus ayam berempah (RM6), Miang pla (RM13-RM15), set ikan kerisi panas (RM7-RM8), air bandung float (RM3.50 segelas), air jagung float (RM3.50 segelas), air milo float (RM4 segelas) dan air buah yang asli tanpa sebarang campuran. 

Nadhirah berkata, walaupun pelbagai jenis makanan yang disediakan untuk pilihan selera pelanggannya, namun roti kamat yang merupakan makanan kegemaran orang-orang dahulu itu tetap menjadi pilihan utama mereka.


 


``Saya kata begitu kerana ada pelanggan saya makan nasi di warong tetapi selepas makan nasi itu mereka oder pula roti kamat dan pelanggan lain dari Bandar Kemaman serta dari Dungun sanggup datang setiap seminggu untuk membeli roti kamat itu. 

``Tidak keterlaluan sekiranya saya kata roti kamat saya ini sekali makan pasti hendak lagi dan bila hari minggu ramai pengunjung dari daerah luar yang datang ke warong ini selepas mereka pulang dari Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, ‘’ ujar usahawan wanita (usahanita) muda itu yang memulakan perniagaan di warongnya bermula jam 5 petang sehingga 10 malam. 



 


Sementara itu, di taman rekreasi zoo itu pula, para pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan seperti gajah, harimau, ular, rusa, kuda, orang utan, buaya dan banyak lagi tempat menarik.

Pelawat  boleh menaiki cruise untuk melihat keindahan alam semula jadi di beberapa lokasi yang menarik pasti ia mencuit hati mereka biarpun tidak menjanjikan kedamaian di hati. 

Di situ juga terdapat sebuah kolam mandi yang dikenakan bayaran RM5 untuk mereka yang berumur 7 tahun ke atas termasuk orang dewasa, manakala kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah dikecualikan bayaran.



GAJAH yang berada di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman


 

HAIWAN yang ada di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman



Menceritakan kisah lalu,  Nahdirah memberitahu sebelum terlibat dengan warongnya beliau menjual barangan kosmetik menerusi online (dalam talian). 

Namun, katanya, di hati kecilnya tetap tertarik ibu saudara suaminya yang menjual roti kamat di kedai sekitar kampung itu. 

``Ketika itu, saya terfikir jikalau saya mengusahakan sendiri makanan itu saya tidak akan menjual  atau meletak di kedai orang lain kecuali saya akan membuka sendiri kedai saya dan selepas itu saya belajar sedikit sebanyak  cara membuat roti kamat yang agak sedap dari emak saudara.

``Cuma berbeza sikit dengan cara orang lain menjual roti kamat ini tanpa kuah berbanding roti kamat saya ini kelainan sedikit bagi menambah selera pemakan kerana saya menyediakan kuah kari untuk dicicah seperti kita makan roti canai,’’ ujarnya.



Dengan perniagaan sedemikian,  Nahdirah bukan setakat bersyukur kepada Allah kerana pelbagai makanan yang ada di warongnya terutama roti kamat dapat memenuhi cita rasa pelanggannya malah beliau merasa bangga dapat meneruskan jualan kuih tradisional itu sehingga hari ini. 

Orang ramai yang berminat atau ingin merasai roti kamat itu bolehlah datang di The Waroong ataupun sebarang tempahan boleh menghubungi 011-28948891. - KitaReporters

2
1
1
0
0
You will be interested