Selera & Santai 25 Dec, 2019

KHAS UNTUK PENUMPANG SETIA MALAYSIA AIRLINES

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this
ADAKAH anda penumpang setia pesawat Malaysia Airlines apabila merancang perjalanan ke luar negara atau pun dalam negeri sekali pun? Jika jawapannya ya, ada sesuatu yang istimewa ditawarkan kepada anda. : KitaReporters.com

Lay Yin May (tiga dari kanan) berjabat tangan dengan Thila Chandran selepas merasmikan kerjasama antara MAB dan Starbucks di Starbucks Reserve Four Seasons di Robinson Kuala Lumpur pada 17 Disember 2019.


Sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 ini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) menyediakan kempen menarik untuk anda menikmati, selepas menjalin kerjasama dengan rangkaian kafe terkemuka, Starbucks Malaysia dan Kenny Rogers Roasters di bawah Kumpulan Syarikat Berjaya Food baru-baru ini.

Bermula 20 Disember 2019 sehingga 20 Disember 2020, setiap penumpang Malaysia Airlines ditawarkan potongan 20 peratus untuk satu pembelian minuman buatan tangan di Starbucks dan hidangan ayam di Kenny Rogers Roasters yang sah digunakan dalam tempoh 48 jam selepas tarikh dan masa berlepas.

Gambar hiasan ayam Kenny Rogers Roasters - Foto kredit Kenny Rogers Malaysia.


“Mereka hanya perlu menunjukkan pas pelepasan (boarding pass) bagi satu pembelian di mana-mana kafe Starbucks dan Kenny Rogers Roasters seluruh negara untuk menikmati diskaun tersebut,” ujar Ketua Eksekutif Kumpulan Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan MAB, Lay Yin May selepas merasmikan majlis kerjasama Malaysia Airlines dan Starbucks di Starbuck Reserves Four Season di Robinson Kuala Lumpur pada 17 Disember 2019 lalu.

Turut hadir meraikan kerjasama itu, Ketua Pemasaran & Loyalty Starbucks, Thila Chandran dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad merangkap Pengarah Urusan Starbucks Malaysia & Brunei, Sydney Quays.

Kafe Starbucks - Foto kredit Starbucks Malaysia.


Menurut Lay Yin May, tawaran tersebut sah dinikmati di mana-mana 300 kafe Starbucks (kecuali di Genting Highlands dan Sunway Lagoon) serta 800 outlet Kenny Rogers Roasters yang beroperasi di seluruh Malaysia.

“Sebaik sahaja penumpang MAS tiba di mana-mana lokasi di seluruh Malaysia, mereka boleh singgah ke kafe Starbucks atau kedai makanan Kenny Rogers Roasters sedia ada,” tambah Yin May.

Beliau yakin dengan kerjasama tersebut, ia membolehkan para penumpang menikmati pengalaman perjalanan mereka bersama Malaysia Airlines dengan lebih sempurna dan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. 

“Kami percaya bahawa hospitaliti Malaysia bermula apabila penumpang telah membuat keputusan untuk "Fly Malaysia" dan kerana itu, kami mahu memberikan mereka satu pengalaman perjalanan yang indah pada kala mereka melancong  sambil  menikmati pelbagai keajaiban yang Malaysia tawarkan,” sambung Yin May seterusnya.


Sementara itu, Sydney Quays dalam ucapan aluannya, melahirkan harapan agar kerjasama yang dimeterai mampu memberikan pengalaman yang benar-benar unik bagi mereka yang melawat Malaysia pada tahun 2020.

“Dengan memanfaatkan kekuatan semua jenama, perkongsian ini diyakini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menyokong seni dan perniagaan tempatan,” tambah Quays.

Jadi apa kata anda sebagai penumpang Malaysia Airlines manfaatkan sepenuhnya promosi yang ditawarkan sepanjang tempoh setahun itu.

Ingat, jangan pula buangkan pas pelepasan yang ada pada tangan anda sebelum menikmati minuman dan makanan kegemaran pada diskaun 20%.  Banyak juga tu kan?

Maklumat lanjut boleh layari laman web malaysiaairlines.com dan para penumpang juga digalakkan memuat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk menikmati tawaran hebat lainnya dari semasa ke semasa. - Kitareporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago