Selera & Santai 24 Jul, 2025

Nak makan durian? Makan di dusun! Jom ke MARDI Kuala Kangsar! Sempena program Duriotourism 2025!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Buah durian yang masih belum gugur boleh dilihat di ladang MARDI Kuala Kangsar


Sebahagian buah durian yang terdapat di MARDI Kuala Kangsar.


Musim durian, orang ramai berpeluang menikmati durian sempena pembukaan Duriotourism 2025 @ MARDI Kuala Kangsar di Kuala Kangsar, Perak.

Duriotourism (pelancongan durian) ini dibuka kepada pengunjung sehingga habis musim durian pada pertengahan bulan Ogos 2025.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, musim ini banyak durian berbanding musim sebelum ini. Setiap program Duriotourism kutipan tiket dan jualan mencecah RM50,000.

“Sambutan orang ramai begitu menggalakkan dan kita akan teruskan program ini juga bersama media pada tahun depan (2026),” katanya pada program hari MARDI Kuala Kangsar Bersama Media di MARDI Kuala Kangsar pada 19 Julai 2025.


Mohamad Zabawi Abdul Ghani (kanan) menunjukkan durian yang terdapat di MARDI Kuala Kangsar


Dalam perkembangan lain, Mohamad Zabawi berkata, MARDI akan mengeluarkan tiga varieti hybrid durian baharu dalam tempoh setahun atau dua tahun.

Menurut beliau, nama varieti itu masih dalam proses dan kita akan keluarkan di Jerangau, Terengganu dan di MARDI Kuala Kangsar.

Sementara itu, Mohamad Zabawi berkata, pekebun di negara ini sudah menanam 13,000 pokok durian MS88 dan dijangka mengeluarkan hasil dalam tempoh empat hingga lima tahun. 

“MS88 (MARDI Super 88) adalah dijenamakan daripada MDUR88, yang kita jenamakan dalam tempoh 4 tahun, dan kini dah ada yang berhasil .

“MS88 rasanya manis, pahit dan isi berwarna kuning. Ia setaraf dengan Musang King. Harganya di antara RM20 hingga RM25 sekilogram berbanding harga Musang King,” katanya.  

MARDI mempunyai kawasan berpotensi untuk tanaman durian di Jerangau di Terengganu, Sintok di Kedah dan Kluang di Johor. 


Pelanggan sedang menikmati durian di MARDI Kuala Kangsar

Sementara itu, Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar yang bermula sejak 12 Julai 2025 lalu dibuka untuk lawatan pada jam 10 pagi, 12 tengah hari , 2 petang dan 4 petang. Tempahan slot boleh dibuat secara dalam talian melalui: http://agrotourism.mardi.gov.my.

Jangan lepaskan peluang! Nikmati pengalaman duriotourism yang unik dan meriah -- sesuai untuk seisi keluarga! Slot amat terhad pada musim ini, jadi tempahan awal sangat digalakkan.

Pengunjung yang berhasrat untuk walk-in adalah tidak digalakkan bagi memastikan kelancaran proses lawatan. - KitaReporters

14
16
0
10
0
You will be interested