Adakah patut makanan yang siap dimasak dihidangkan di dalam sebuah tandas sebagaimana berlaku kepada pemain-pemain sukan kabaddi di Saharanpur, Uttar Pradesh, India.
PERKARA utama yang diberikan perhatian ketika seseorang ingin menjamu selera adalah soal ‘kebersihan’.
Bukan sahaja penyediaan makanan atau minuman perlu bersih malah ‘tray’ atau bekas letak makanan serta lokasi persekitaran (restoran atau kedai makan) juga mesti bersih.
Pada 17 September 2022 lalu, tular sebuah rakaman video menunjukkan pemain-pemain sukan kabaddi dihidangkan makanan di dalam tandas stadium di Saharanpur, Uttar Pradesh, India.
Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan netizen dalam media sosial selepas tersebarnya klip video atau gambar tangkap layar yang menjijikkan dan kotor itu.
Perkara berkenaan turut mengundang kontroversi serta mencetuskan satira (sindiran) politik parti pembangkang India dengan menuduh Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah sengaja mengabaikan keperluan ahli sukan.
Lagi
Susulan itu, kerajaan negeri (Uttar Pradesh) telah didesak oleh pihak Kongres Kebangsaan India untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas kejadian tersebut.
Pada mulanya, gambar tentang nasi yang sudah dimasak telah disimpan di atas pinggan besar di atas lantai tandas.
Nasi itu didakwa dihidangkan kepada kira-kira 300 pemain
yang mengambil bahagian dalam kejohanan Kabaddi perempuan bawah 17 tahun
peringkat negeri yang berlangsung selama tiga hari di daerah Saharanpur.
Namun, pegawai sukan Saharanpur, Animesh Saxena, menafikan dakwaan itu dan dianggap sebagai tidak
berasas.
“Makanan yang dihidangkan kepada pemain di sini adalah
berkualiti. Makanan termasuk nasi, dal
sabzi dimasak dalam bekas besar dalam ketuhar bata tradisional berhampiran
kolam renang,” katanya.
Saxena berkata makanan itu terpaksa dimasak berhampiran kolam stadium itu kerana kekurangan ruang, dan terdapat beberapa laporan memetiknya sebagai berkata bahawa makanan itu disimpan di dalam "bilik persalinan".
Agensi berita IANS,
bagaimanapun, memetik seorang pemain sebagai berkata, pinggan nasi dan barangan
makanan lain sebenarnya diletak di atas lantai tandas.
“Nasi yang telah dimasak dibawa keluar dalam pinggan besar dan kemudian diletakkan di atas lantai tandas berhampiran pintu pagar.
Di sebelah pinggan nasi, terdapat lebihan poori (makanan India) di atas sekeping kertas di atas lantai. Nasi kemudiannya dihidangkan kepada pemain untuk makan tengah hari,” katanya lagi.
Beberapa pemain dilaporkan telah membangkitkan (aduan)
perkara itu di hadapan pegawai stadium, dan seterusnya memaklumkan ke pejabat Saxena agar dapat "menegur"
tukang masak yang menyediakan makanan mereka (atlet).
Berikutan peristiwa yang menjijikan itu, Saxena telah digantung
kerja berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kesatuan Sukan, Anurag
Thakur berkata bahawa beliau telah mengarahkan tindakan tegas mesti diambil
terhadap kontraktor-kontraktor dan pegawai-pegawai yang terlibat.
“Saya juga telah mengarahkan supaya kontraktor-kontraktor itu disenaraihitamkan pada masa hadapan,” tambahnya. - KitaReporters
Sumber:
https://www.news18.com/news/india/food-kept-on-toilet-floor-served-to-kabaddi-players-in-ups-saharanpur-probe-ordered-after-videos-go-viral-5995075.html
https://youtu.be/IyNGwBklHUc