Selera & Santai 09 Jun, 2021

Rezeki PKP! Bekas pemilik restoran hasilkan kek durian D24 Papajas! Dapat sambutan luar biasa!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this

KEK Durian PKP yang menaikkan nama Jasri dalam dunia pembuatan kek.


KALAU ada usaha semua menjadi... besi yang berkarat kalau diasah setiap hari pasti menjadi barang berharga!

Begitulah juga dalam kehidupan kita, lakukan dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh pasti ada bahagian kita.

Kisah sama turut dialami seorang pemilik restoran di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor yang buntu memikirkan perjalanan hidup pada musim Covid-19 selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan restoran yang dibuka tidak didatangi pelanggan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kek

Wan Ahmad Jasri Wan Kamarudzaman bersama kek hasil air tangan yang semakin mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.


Berbekal semangat tidak mahu mengalah, Wan Ahmad Jasri Wan Kamarudzaman nekad berusaha lagi sebelum menyerah kalah. 

Akhirnya anak jati Kuala Lipis itu beralih arah dengan mencuba nasib dengan menjual kek durian D24 menggunakan syarikat miliknya, Impian Classic Enterprise dan kek jenama Papajas.

Malah lebih membanggakan kek air tangannya itu diterima masyarakat dan hasil jualan sangat mendapat sambutan apabila 2,000 biji kek terjual sebulan.

Wow! Alhamdulillah inilah berkat berusaha dan tidak putus asa namanya...



Berkongsi cerita, Jasri berkata idea untuk mencuba nasib dalam pembuatan kek tercetus ketika musim Covid-19 menyerang negara.

"Keadaan PKP itu membuatkan keadaan saya terdesak sehinggakan perniagaan lama saya terpaksa  ditutup dengan pelbagai masalah. Ketika itu, saya buntu namun kuatkan semangat untuk bangkit," ujarnya yang kini mengusahakan perniagaan kek di rumahnya sendiri di Seksyen 7 Shah Alam.

Berbekalkan wang simpanan yang ada, dia mencuba menjual kek durian D24 dan tidak sangka permintaan sangat luar biasa. Bermula dengan berniaga dari rumah akhirnya kini Jasri memiliki ejen dan stokis di beberapa negeri.

Alhamdulillah semuanya rezeki daripada-Nya!

Beliau berkata, perniagaan kek durian yang diceburi kini mendapat sambutan.

Malah peminat kek durian sanggup menjadikan pemanis mulut itu sebagai kek hantaran perkahwinan, hari jadi, majlis bertunang, dan juga hidangan bersama keluarga .

Kek durian D24 dihasilkan dengan pelbagai saiz dan harga.


KEK Durian PKP yang dijual dengan harga RM20 sebiji


Kek seberat 500g saiz 6 inci dijual dengan harga RM40, manakala Kek Durian Puteri Salju 500g bersaiz 6 inci pula dijual RM45. Terbaharu dia menghasilkan kek yang dinamakan Kek Durian PKP seberat 250g saiz 5 inci dengan harga RM20.

Bagaimanapun akuinya kek seberat sekilogram pula dibuat atas permintaan pelanggan sahaja.

Walaupun beroperasi di rumahnya namun Jasri berkata hatinya tenang dan syukur dengan rezeki yang ada.

Peminat kek durian boleh mencuba dan merasai kek air tangannya dengan 'cuci mata' dalam Instagram @kekdurian24official atau hubungi terus Jasri menerusi  010-9199446.

Semoga perniagaan Jasri itu terus berkembang. Yakinlah setiap ujian yang diberikan pasti bersebab.

Jika tidak kerana perniagaan restoran tutup kedai pasti orang ramai kini tidak berpeluang merasai kek durian sedap hasil air tangan anak Kuala Lipis ni. Jom try kek durian Papajas! Semoga terus berjaya! - KitaReporters


10
3
1
0
0
You will be interested