JIKA anda seorang “kaki makan” atau suka mencari menu baharu untuk dicuba, apa kata anda beralih kepada memakan menu di luar kebiasaan seperti hidangan “serangga”. Lazimnya khalayak mengklasifikasikannya sebagai makanan eksotik; yang mendapat permintaan yang tinggi khususnya kepada mereka yang mementingkan khasiat, kesihatan dan kecantikan. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan makanan:
https://kitareporters.com/search?search=makanan
Memakan beraneka jenis serangga seperti belalang, kumbang, cengkerik dan sebagainya bukanlah perkara baharu tetapi sudah lama diamalkan oleh orang ramai terutama seperti di Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia dan lain-lain.
Mengapa serangga jadi pilihan?
Orang-orang Rom dan Yunani kuno sudah lama mengamalkan memakan serangga. Menurut Pliny, seorang sarjana Rom pada abad pertama dan juga pengarang Historia Naturalis, bangsawan Rom suka makan larva kumbang yang diternak.
Menurut beberapa kajian, serangga serta ulat dikatakan mempunyai kandungan nutrisi dan khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Tambahan pula ada kepercayaan tradisi masyarakat tempatan mengaitkan kecantikan seseorang wanita itu berpunca dengan amalan memakan serangga.
Kebenaran dan kesahihannya boleh dilihat pada tekstur kulit yang licin dan gebu pada anak-anak gadis mereka. Di samping itu, kesihatan dalaman wanita dianggap ampuh serta kekal awet muda. Percaya atau tidak boleh cuba kalau anda berani.
Mungkin sudah jemu agaknya dengan menu harian yang sama dan kini ada menu alternatif kepada mereka yang ingin mencuba memakan serangga selain mempunyai nutrisi baik untuk kesihatan. - Gambar hiasan.
Pandangan dan pendapat pakar
1. Seorang ahli
entomologi (pakar serangga untuk dimakan) Denmark, Arnold van Huis berkata,”
terdapat banyak faedah, kebaikan untuk kelestarian kesihatan manusia.
“Bahkan terdapat juga manfaat dan cabaran penggunaan serangga dalam skala besar," tambah beliau.
Dr Sylvain Charlebois - kredit foto globalnews.ca/news
2. Dr Sylvain Charlebois, pengarah saintifik makmal analisis makanan di Universiti Dalhousie, Kanada pula berkata sebanyak 15 peratus penduduk Kanada bersedia makan kumbang secara berkala atau sekurang-kurangnya sekali seminggu.
3. Daging serangga kaya dengan asid amino, lemak, gula, dan mempunyai kepekatan vitamin B dan K yang tinggi – kata Dr. Radomir Jaskuła pakar dari Jabatan Zoologi dan Hidrobiologi Invertebrata, University of Lodz, Poland.
Satu sudu besar berharga 1.000 shilling Uganda ($ 0.27, £ 0.21).
Antara jenis-jenis serangga termasuk ulat yang boleh makan:
1. Belalang
Paling biasa penyediaan makanan ini ialah bergoreng dan dijadikan snek. Kandungan protin dikatakan paling tinggi berbanding serangga-seranga lain. Banyak didapati di benua Amerika, Afrika dan Asia.Di Uganda, harga sekilogram belalang adalah lebih mahal harganya berbanding daging lembu.
Di Malaysia
terutamanya di Kelantan, belalang dibuat masak kerutuk dan dimakan bersama
dengan nasi.
2. Cengkerik
Dikisar dan dijadikan serbuk dan paling ramai mencampurkan di dalam susu. Ia mempunyai zat besi, protin dan vitamin B12.
3. Telur kerengge
Telur kerengge atau larva kerengge bersama dengan kepompong menjadi makanan komersial di Vietnam, Thailand dan Filipina. Hidangan menu telur kerengge bersama kepompong dikatakan memiliki keenakan rasa lemak dan sitrus.
Secara tidak langsung ia dianggap makanan mewah dan paling digemari ramai bagi negara tersebut.
4. Lebah
Umum mengetahui, selain madu lebah mempunyai khasiat yang terbukti secara saintifik mengandungi nutrien dan vitamin yang baik, namun larva lebah itu sendiri menjadi buruan peniaga-peniaga makanan eksotik kerana keenakan dan kelazatan tekstur lemaknya yang mengandungi kandungan asid amino yang tinggi di samping vitamin B serta nutrien.
5. Kumbang
Di Indonesia, kumbang menjadi pilihan dan popular dalam kalangan orang dewasa kerana mempunyai protin, mineral dan vitamin. Kebiasaanya,menu ini dihidang dengan cara memagang atau membakar sahaja.
6. Ulat gonggok
Di Afrika dan Mexico, ulat gonggok menjadi sumber protin penting rakyatnya sama ada direbus atau digoreng. Di Afrika khabarnya hampir 9.5 juta ulat gonggok dikutip setahun sebagai makanan ruji mereka, manakala di Mexico, ulat gonggok dimakan bersama sos pedas yang dibalut dengan tortilla.
7. Ulat Sagu
Tengok sahaja dah rasa geli, apa lagi melihat orang boleh sahaja memakan ulat sagu hidup-hidup. Mereka kata lazat dan enak.
Ulat sagu
atau mulong terkenal di Sarawak makanan eksotik kegemaran etnik Melanau dan Dayak. Meskipun dilihat
jijik tetapi mengandungi protin, karbohidrat dan lemak omega 3,6 dan 9 serta
asid amino.
8. Ulat Sutera
Ramai orang mengetahui ulat sutera terkenal kerana penghasilan benang sutera untuk dibuat kain. Ia bukan sekadar itu sahaja tetapi kepompongnya menjadi menu popular orang-orang Korea dan China. Kandungan protin 78.58 peratus yang dimilikinya adalah tinggi berbanding ikan, daging lembu dan kekacang.
Pepatung goreng dengan cendawan bakal disajikan secara eksklusif di hotel-hotel lima bintang pada masa akan datang dan tidak menjadi pelik dan jijik untuk orang ramai menikmati juadah tersebut. - Kredit foto: aljazeera.com
Sumber:
Freemalaysiatoday.com(10
Februari 2019)
https://globalnews.ca/news/6574924/eating-bugs-yuck-factor-experts/
https://www.bbc.com/news/world-africa-46357020