Selera & Santai 29 Oct, 2020

Dianggarkan sejuta WFH! KKM kongsi 5 kaedah masakan sihat!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

BERMULA 22 Oktober 2020 lalu, semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarah bekerja dari rumah (BDR/WFH). Pelaksanaan arahan tersebut berkuat kuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/coronavirus


Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, arahan ini bagi mengurangkan pergerakan sekaligus memutuskan rantaian COVID-19 yang melibatkan sekurang-kurangnya sejuta pekerja sektor awam dan swasta.

Masihkah anda ingat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 lalu di mana semua orang tidak dibenarkan keluar rumah tanpa alasan kukuh?



Ketika itu, pelbagai aktiviti dilakukan di rumah sehingga mencetuskan idea-idea di luar kotak bagi menghilangkan kebosanan.  Malah, ketika itu juga orang ramai berkongsi dalam media sosial pelbagai jenis masakan dan resipi baharu. 

Justeru untuk PKPB kali ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil peluang itu untuk mengajak orang ramai yang berada dalam zon tersebut untuk kekal sihat melalui pemakanan yang berkhasiat.



Masakan dari rumah sememangnya lebih berkhasiat dari masakan di luar kerana kita tahu apakah bahan-bahan yang digunakan. Namun, ia bergantung juga pada individu terbabit sama ada mahu kekal sihat atau sebaliknya.

KKM telah berkongsi lima kaedah masakan sihat yang boleh dibuat ketika berada di rumah iaitu menumis, mereneh, mengukus, memanggang dan membakar. 

Malah, KKM bukan sahaja berkongsi kaedah memasak tetapi juga kebaikan yang boleh didapati daripada keadah-kaedah tersebut. 

Antara contohnya kaedah menumis yang dapat mengurangnya kehilangan nutrient terutamanya vitamin B dan C kerana cara memasak yang singkat. 







Maka, gunakan peluang WFH untuk menyediakan makanan berkhasiat buat keluarga seperti yang disarankan oleh KKM. Kaedah masakan yang disarankan bukan sahaja berkhasiat tetapi juga sedap. 

Selamat mencuba! - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested