Selera & Santai 08 May, 2020

Tiada lagi pesta 'make colek' lepas tarawih! Moreh Kelantan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SUDAH menjadi kemestian kepada masyarakat kita pada bulan Ramadan menikmati moreh selepas habis solat sunat Tarawih. Namun berbeza di Kelantan, musim Ramadan disambut dengan hidangan colek atau rojak, sejenis kudapan malam yang terdiri daripada gabungan beberapa makanan yang dimakan bersama sos manis. : KitaReporters

COLEK merupakan suatu juadah yang biasanya dimakan selepas menunaikan solat sunat tarawih bagi masyarakat Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan. - Kredit foto: maafsebut.blogspot.com


Bagi yang tidak biasa dengan juadah ini, colek boleh dikatakan seperti rojak

Juadah ini menggabungkan ayam, cucur udang, kerang sotong, ketam, perut lembu yang dipotong di dalam satu hidangan. 

Timun dan salad segar turut dicampurkan untuk menambahkan lagi rasa dan warna hidangan ini. 

Dan yang paling penting, colek dihidangkan bersama sos istimewa yang membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Hidangan berkenaan menjadi kemestian di Kelantan dan kedai-kedai ‘bersepah’ menjual juadah berkenaan sepanjang bulan Ramadan.

Namun sambutan tahun ini sedikit hambar kerana kemeriahan berkenaan tidak dapat dinikmati di kedai-kedai.

Napa jadi gitu? 

Tapi jangan risau kerana kerajaan buka menghalang terus penjualan juadah berkenaan.

Rakyat sebaliknya masih lagi boleh lagi menikmati juadah berkenaan tapi di rumah sahaja.

Pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan ke tempat masing-masing.

PELBAGAI jenis makanan digabungkan bagi menjadikan juadah colek yang dimakan bersama sos manis. - Kredit foto: FB Asal Ore Kelate.


Kerajaan Kelantan tahun ini memutuskan untuk tetap tidak membenarkan aktiviti jualan dilakukan pada waktu malam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang dipetik Sinar Harian berkata, waktu urus niaga membabitkan restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan adalah bermula jam 3 hingga 6.30 petang sahaja.

COLEK ayam antara hidangan pilihan sepanjang musim Ramadan yang dinikmati selepas solat tarawih. 


“Kita meraikan makan colek pada bulan Ramadan, tetapi sektor makanan beroperasi bermula jam 3 petang hingga 6.30 petang sahaja. 

"Insya-Allah selepas Ramadan ini, ada SOP lain,” katanya.

Walaupun norma (kaedah) baharu diamalkan, namun juadah tetap masih boleh dinikmati. - KitaReporter

5
0
4
0
0
You will be interested