Air balang sangat terkenal di pasar malam dan bazar-bazar yang menjual makanan kerana airnya yang sangat sedap dan juga murah.
Tetapi adakalanya, air yang dijual kepada orang ramai tidaklah menepati kebersihan semua. Ini kerana ada antara peniaga yang menjual air balang hanya sekadar mahu mengaut keuntungan.
Tular sebuah video dalam Tiktok, memaparkan seorang penjual air balang dilihat sedang membancuh air balang di gerainya sehingga menjadi kritikan netizen akan cara dia hasilkan air balang itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gerai-gerai
Semasa membancuh air balang, apa yang mengejutkan buat semua orang apabila dia dilihat dengan selamba menarik air paip dan lalu terus meletakkannya ke dalam balang air. Tindakannya itu sememangnya mengejutkan netizen.
"That's why tak beli air kat pasar malam," kata seorang netizen.
Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat geram dan marah dengan penjual air balang dengan sikapnya yang menjual air ini. - KitaReporters