Selera & Santai 13 Jun, 2024

Promo Sultan Mizan Underwater Photography Awards! Terengganu pemenang Best Booth Design Award 2024!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


JABATAN  Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mencipta sejarah apabila dinobatkan untuk menerima Anugerah Reka Bentuk Reruai Terbaik (Best Booth Design Award) sempena penganjuran Malaysia International Dive Expo (Pameran Selam Antarabangsa Malaysia atau MIDE) 2024.

Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Jun 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Trade and Exhibition Centre atau MITEC), Kuala Lumpur, itu juga berjaya menarik lebih 15,000 pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, penganugerahan itu bukan sahaja mengiktiraf usaha dan kreativiti pasukan JPNT, tetapi juga memberikan dorongan untuk terus mempromosikan destinasi-destinasi menarik di Terengganu.


Razali Idris


Sementara itu, Pengarah JPNT, Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata,  pencapaian itu merupakan pengiktirafan penting bagi Terengganu dalam mempromosikan sektor pelancongan negeri.

Menurutnya, MIDE 2024, yang melibatkan 217 pempamer dari 15 negara, memberi fokus kepada aktiviti air seperti sukan air dan selam skuba di pulau-pulau terkemuka seluruh dunia. 



"Penyertaan JPNT dalam acara itu adalah sebahagian daripada usaha bersepadu bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, dan Majlis Pengurusan Taman Negeri. 

“Ia bertujuan bagi mempromosikan Sultan Mizan Underwater Photography Awards (Anugerah Fotografi Dalam Laut Sultan Mizan atau SMUPA) 2024 serta 128 lokasi selam skuba di tujuh pulau Negeri Terengganu termasuk Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang, dan Pulau Perhentian," jelasnya

“Penglibatan dalam pameran antarabangsa itu adalah langkah strategik untuk merancakkan industri pelancongan Terengganu khususnya dalam kluster pulau dan pantai,” kata Ahmad Ridzwan lagi.


Razali Idris menandatangani buku pelawat


“Kami berharap dapat menarik lebih ramai pencinta selam skuba dan meningkatkan kesedaran global tentang keindahan dan keunikan destinasi selam di Terengganu,” tambah beliau.

Selain daripada memenangi anugerah, JPNT juga berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dan pempamer lain dengan reka bentuk booth yang kreatif dan informatif, memaparkan keindahan alam marin serta peluang pelancongan yang ditawarkan di Terengganu.

Katanya, pelbagai tarikan unik dan istimewa yang terdapat di Terengganu dan salah satunya tentulah pulau-pulau yang cantik bertaraf dunia.


 Razali melihat pameran pulu-pulau Terengganu


Ahmad Ridzwan berkata, penyertaan JPNT dalam program tersebut adalah buat pertama kali dalam MIDE 2024 yang disertai 217 pempamer dari 15 negara dan telah dianugerahkan dengan ‘Best Booth Design Award’.

Tentunya anugerah ini akan menjadi nilai tambah buat JPNT terutamanya dalam mempromosikan sektor pelancongan negeri.

MIDE 2024 memberi fokus kepada aktiviti air seperti sukan air dan selam skuba di pulau-pulau terkemuka seluruh dunia. 

Penganjuran MIDE pastinya mampu mengukuh dan mengembangkan komuniti selaman pada peringkat domestik, serantau dan antarabangsa.

“Pada masa sama mampu menjadi platform penting untuk industri skuba merangkumi 90 peratus rakan kongsi penyelam bertaraf antarabangsa.” katanya lagi. - KitaReporters


.

 

 

11
13
1
13
0
You will be interested