Selera & Santai 05 Dec, 2022

Tahu tak? Ada Pasar Tamu Dayak di Seremban! Pasar jualan produk, makanan Made In Sabah Sarawak!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19 telah membuka lembaran baharu dalam kehidupan majoriti masyarakat kita di negara ini.

Terlalu ramai yang hilang pekerjaan semasa PKP dan pandemik dahulu sehingga memaksa mereka membuka peniagaan secara kecil-kecilan menggunakan apa jua sumber yang ada dan yang agak terhad.

Ini termasuklah seramai 22 orang suri rumah yang berasal dari Sabah dan Sarawak telah membuka pusat jualan atau pasar kecil-kecilan di bandar Seremban, Negeri Sembilan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-hal makanan

Kredit foto: Mohd Shaharudin Suratman 


Pasar berkenaan dikenali sebagai Pasar Tamu Dayak dan mempunyai keunikannya yang tersendiri sehingga mampu menarik minat ramai pengunjung sejak negara sedang berada dalam pandemik sehinggalah endemik sekarang ini.

Menurut Presiden Raban Indu Borneo Seremban, Padila Jiahong, 39, Pasar Tamu Dayak menawarkan pelbagai produk jualan seperti barangan tradisional serta makanan tradisi masyarakat Sabah dan Sarawak.

“Terdapat makanan tradisional kegemaran ramai yang kebiasaannya hanya didapati di Sabah dan Sarawak, namun orang ramai boleh mendapatkannya di sini.

Kebanyakan makanan ini dimasak sendiri dan barangan tradisional pula didatangkan dari Sabah dan Sarawak. Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan,” katanya ketika dihubungi pihak media.

“Pasar Tamu Dayak Seremban telah dibuka sejak 28 Ogos 2022 lalu dan beroperasi di Jalan Seri Rahang pada setiap pagi Ahad bermula pukul 7.00 pagi,” katanya lagi.

Pasar ini menyediakan beberapa jenis jualan atau produk yang berasaskan dari Sabah dan Sarawak yang mampu diterima mengikut citarasa masyarakat kita di Semenanjung, khususnya di Negeri Sembilan.

Menurut laporan media, seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Maria, 43, yang berasal dari Sibu berkata, dia mula menjalankan perniagaan dari rumah dan kemudiannya menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan di sekitar kawasan Seremban Jaya.

“Saya menjual pelbagai makanan seperti manuk (ayam) pansuh, ikan baung pansuh serta ikan sembilang dan ikan jelawat salai.

“Selain berniaga di sini, saya juga ada membuat perkhidmatan penghantaran produk jualan dari rumah ke rumah,” katanya lagi. - KitaReporters


Kredit foto: Mohd Shaharudin Suratman 

7
17
0
4
0
You will be interested