Selera & Santai 24 Jan, 2022

Video| Wow! Seperti kafetaria moden! Kantin SK Bintong berubah wajah! Hasil usaha bekas murid!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Kantin sekolah berubah wajah menjadi kafeteria.
MELANGKAH masuk ke kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong di Perlis seperti berada di dalam sebuah kafetaria moden! Dihias cantik memberi aura tersendiri kepada pengunjung. 

Mungkin juga boleh dijadikan tempat merehatkan badan dan minda bagi guru-guru selepas penat seharian di kelas. 

Semuanya itu hasil sentuhan seorang alumni sekolah itu, Analiza Ahmad, yang juga seorang pengusaha muda hebat di persiaran makanan Bintong, Perlis.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kantin sekolah

Persekitaran kantin sekolah sebelum berubah menjadi kafeteria.

PERSEKITARAN yang ceria bukan sahaja memberi keterujaan kepada murid tetapi sebagai terapi kepada cikgu.


Berkongsi kisah pengusaha makanan yang berusia 43 tahun itu, dia sememang berhasrat untuk kembali 'berbakti' ke sekolah lamanya.

keinginan tersebut akhirnya direalisasi apabila berjaya mendapat tender untuk mengusahakan kantin sekolah berkenaan

Analiza yang juga pemilik perniagaan AnaBurger D'cafe tidak melepaskan peluang yang diberikan dengan memberi sentuhan untuk tampil dengan lebih segar.




"Saya memang telah lama ingin untuk mendapatkan tender kantin sekolah terutama SK Bintong kerana ingin mengubah wajah kantin kepada konsep kafeteria yang bukan sahaja selesa kepada murid-murid dan guru. Malah menjadi contoh kepada kantin sekolah dinegeri ini," ujarnya ketika dihubungi.

Anak kelahiran Kampung Jarak, Bintong ini berkata, dia telah membelanjakan hampir RM30,000 untuk mengubah persekitaran jalan masuk ke kafeteria sekolah itu.

Katanya persekitaran yang selesa pastinya akan menceriakan aktiviti pembelajaran dan minat murid untuk hadir ke sekolah.


TERUJA terima kunjungan pemimpin nombor satu negeri yang sudi mengunjungi kafetaria yang diusahakan.


Azlan Man melawat kafeteria SK Bintong.


Manakala pilihan makanan juga terdiri daripada hidangan selera kampung sesuai dengan persekitaran sekolah  antaranya nasi, peknga, roti jalan, pulut ikan masin, laksa, burger dan sebagainya.

Lebih membanggakan, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man turut mengunjungi kafetaria tersebut yang yang baru sahaja memulakan operasi di kafeteria SK Bintong.

Dalam kunjungan itu Azlan juga memuji pengusaha kantin sekolah itu yang telah menukar wajah kantin lama dengan pelbagai warna yang menarik termasuk tempat makan guru-guru. - KitaReporters


Murid selesa dengan persekitaran yang harmoni.


Aneka makanan menjadi pilihan murid dan guru sekolah.

Gabungan warna yang menceriakan kafeteria sekolah ini.

11
9
0
10
0
You will be interested