Selera & Santai 17 Jul, 2020

Mahal! Naz Rahman terkejut! Sotong macam getah ikat plastik!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PENGACARA yang popular dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman atau Naz Rahman berkongsi dalam Twitter perasaan terkejut melihat keadaan sotong celup tepung yang berharga RM15 ketika makan di sebuah restoran. Mak oiii!! RM15 untuk sotong celup tepung!!! : KitaReporters


Apa tidaknya harga tersebut seakan-akan tidak memadai dengan keadaan makanan yang dipesan.

“Macam ni RM15?,” tulisnya ringkas.


Inilah sotong yang berharga RM15 dan kelihatan seperti getah ikat plastik yang dimaksudkan oleh Naz.

Menerusi gambar yang dikongsi, kelihatan makanan yang dipercayai sotong celup tepung dalam hanya beberapa keping.

Umum mengetahui makanan laut seperti sotong memang mahal, namun daripada gambar yang dikongsi, adakah ia berbaloi dengan harga?

Perkongsian Naz itu mendapat komen daripada pengikutnya dalam Twitter. Ada netizen yang menyamakan makanan tersebut getah ikat rambut dan peria mamak.



Malah, menurut Naz selain harganya yang mahal, rasanya juga liat.

“Big time. Liat macam getah ikat plastik. Lama tak kena tipu,” luahnya.


Namun, bagi Naz dia menganggap itu adalah rezekinya pada hari tersebut. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir dia datang menjamu selera di situ.

“Mula-mula naik angin, tapi sekarang kalau itulah rezeki saya, saya terima. Tapi memang takkan datang baliklah,” ujarnya.


Jangan main-main dengan Naz. 

Sudah tentu sebagai pengacara sebuah program makan-makan dia berpengalaman luas dalam menentukan mana satu makanan yang berkualiti atau sebaliknya.

Kalau mahal sekalipun, tapi kualiti makan pada tahap terbaik, tidak kisah. Ini tidak, sudahlah mahal, makanan yang disajikan pula tidak berkualiti dan sepadan dengan harga!

Bagi yang belum mengetahui, pada Mac 2020 lalu Naz telah menjalani pembedahan saraf tunjang di sebuah pusat perubatan swasta.

Menurut Naz, kecederaan saraf tunjang yang dialaminya menyebabkan gangguan pada fungsi tangan kanannya selama lebih setahun. - KitaReporters

4
2
0
2
0
You will be interested