Selera & Santai 15 Nov, 2021

Video| Berendam sambil berubat! Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis! Lokasi keluarga beriadah!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this



PUSAT Rekreasi Kolam Air Panas Labis yang sepi tanpa pengunjung selama hampir dua tahun setelah ditutup kepada orang ramai sebelum ini ekoran Covid-19 kembali meriah sebaik dibuka semula kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah bermula 8 November 2021.

Terletak di Kampung Tenang, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Labis, waktu operasi destinasi pelancongan ini bermula jam 1 petang hingga 7 malam bagi setiap Isnin hingga Khamis, manakala pada  Jumaat hingga Ahad serta musim cuti sekolah dan cuti umum pula operasi bermula pukul 9 pagi sehingga 9 malam.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pekan Labis


Rudy Rizal Mohd Hanapi



Yang Dipertua Majlis Daerah Labis (MDL), Rudy Rizal Mohd Hanapi berkata, hanya mereka yang berstatus lengkap serta cukup tempoh matang vaksin sahaja dibenarkan mengunjungi pusat rekreasi tersebut  dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Sebenarnya terdapat tarikan baharu telah diwujudkan MDL bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang beriadah bersama keluarga di pusat rekreasi iaitu kemudahan kolam mandi dikhususkan untuk kanak-kanak berkonsepkan seperti taman tema air. 

“Ibu bapa tidak perlu gusar mengenai keselamatan anak-anak mereka untuk mandi-manda di kolam tersebut kerana aspek keselamatan merupakan perkara dititiberatkan oleh pihak kami. Sebagai langkah elak kejadian tidak diingini, paras air kolam dihadkan.

"Selain itu juga, suhu air dalam kolam berkenaan bukanlah panas seperti mana empat kolam lain yang sedia ada dan dikhaskan kepasa pengunjung dewasa untuk mandi atau berendam," katanya ketika ditemui KitaReporters di pejabatnya.


Salah satu kolam air panas yang disediakan untuk pengunjung dewasa mandi dan berendam di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis, Johor.


Tambah beliau,  terdapat pelbagai lagi kemudahan lain disediakan pusat rekreasi itu seperti taman permainan kanak-kanak, tasik buatan, serta taman nadir yang ditanam dengan pelbagai pokok buah-buahan nadir.

“Pusat rekreasi ini bukan sahaja lengkap untuk aktiviti riadah keluarga, malah agak unik kerana kawasan ini merupakan satu-satunya kawasan yang punyai kolam air panas semula jadi di  Johor.

"Suhu air di kolam air panas semula jadi ini boleh menjejah sehingga 42 darjah celcius selain mengandungi mineral yang tinggi dan dikatakan sesuai untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit.

“Selain itu, ramai juga pengunjung memberi maklum balas dengan berendam di dalam kolam air panas berkenaan mampu merawat masalah lenguh-lenguh sendi dan kelesuan badan, namun belum dapat disahkan secara santifik," ujarnya.

Selain itu,  bagi mereka yang berhasrat  menggunakan kemudahan jakuzi, pihak MDL turut menyediakan kemudahan itu dengan kadar bayaran RM30 bagi warganegara dan RM50 kepada pengunjung bukan warganegara bagi setiap sesi selama satu jam.


Kolam mandi untuk kanak-kanak merupakan tarikan baharu yang terdapat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis, Johor.


Bersantai sambil melihat pelbagai spesis ikan dan kura-kura  bersama keluarga di tasik buatan antara pengalaman menarik di Pusat  Rekreasi Kolam Air Panas.


Kata beliau lagi, kemudahan lain turut disediakan ialah surau, ruang pakir yang luas serta bilik persalinan dan gerai penjaja.

"Bayaran masuk ke pusat rekreasi ini RM4 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak warganegara, manakala  bagi yang berstatus bukan warganegara kadar dikenakan ialah RM10 serta RM6 seorang. 

“Bagi bayaran meletak kenderaan pula kadar dikenakan RM2 bagi kereta warganegara dan RM5 bagi bas. Kenderaan bukan warganegara pula dikenakan bayaran RM4 untuk kereta, sementara bas pula RM10," ujarnya.


Surau antara kemudahan yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.


Bangunan yang menempatkan kemudahan Jakuzi.


Dalam perkembangan berkaitan, Rudy Rizal memaklumkan sebagai pelan jangka panjang pihaknya bakal wujudkan taman buah-buahan di kawasan tersebut dengan peringkat permulaan puluhan pokok durian sudah pun ditanam selari dengan daerah Segamat yang sinonim dengan buah durian.

"Pada masa sama juga, usaha sedang dijalankan untuk menanam kawasan lapang di sekitar pusat rekreasi ini dengan tanaman jambu yang berbuah sepanjang tahun sekali gus dilihat mampu menarik kehadiran pelancong.

"Adanya tanaman buah-buahan itu nanti, pusat rekreasi yang terkenal dengan konsep ‘beriadah sambil berubat’ sebelum ini akan turut menawarkan satu lagi pengalaman unik kepada pengunjung untuk beriadah bersama keluarga di persekitaran yang dipenuhi buah-buahan," ujarnya.

Kata beliau lagi, seiring dengan beberapa penambahbaikan telah dilakukan itu jumlah pengunjung dijangka melebihi 7,000 orang  sebulan pada musim cuti sekolah dan sekitar 5,000 orang sebulan ketika di luar musim cuti. - KitaReporters



Replika serangga yang terdapat di taman permainan dan nadir antara daya tarikan khususnya kepada kanak-kanak di pusat rekreasi tersebut.


Suasana tenang pada waktu malam di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis, Johor.

17
12
0
6
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago