Selera & Santai 15 Apr, 2022

Jom pasang pelita! Sempena Pelita Raya Beautiful Terengganu! Malam tujuh likur sempena Ramadan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


TRADISI memasang pelita raya yang menjadi nostalgia masyarakat negeri Terengganu sejak zaman dahulu apabila setiap kali kedatangan malam tujuh likur pada bulan Ramadan kembali memeriahkan suasana sambutan Ramadan di negeri itu.

Jika dahulu tradisi memasang pelita raya dilakukan oleh individu dan keluarga di halaman rumah masing-masing tetapi ia bakal dilihat lebih menyerlah apabila Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) akan meneruskan Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 mulai 22 hingga 26 April 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan memasang pelita

Memasang pelita raya pada malam tujuh likur menjadi tradisi oleh penduduk Terengganu


Bagi mengembalikan nostalgia tradisi memasang pelita pada malam tujuh likur, program yang berlangsung selama lima hari bertemakan 'Pelita Raya Beautiful Terengganu’ itu akan diadakan di Kampung Budaya Terengganu (KBT), Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Pengarah JPNT, Fadli Yusof Zakaria berkata, pertandingan kali ini, membabitkan penyertaan lapan daerah dari seluruh negeri Terengganu di mana mereka perlu menghiasi monumen seperti rumah-rumah tradisi, perahu besar dan Istana Tengku Long yang terdapat di KBT

Katanya, Pejabat Daerah Dungun perlu menghias Perahu Besar dan galeri pelayaran, Pejabat Daerah Kemaman (Rumah Nelayan), Pejabat Daerah Besut (Rumah Bujang Serambi Selasar) dan Pejabat Daerah Setiu pula Rumah Bujang Berkembar.

Selain itu, katanya, Pejabat Daerah Hulu Terengganu ditetapkan untuk mencantikkan Rumah Limas Belanda, Pejabat Daerah Kuala Terengganu (Rumah Tele), Pejabat Daerah Marang (Istana Tengku Long) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus pula akan menghias Laman Warisan.


Fadli Yusof


Kata Fadli, hasil rekaan sebaik-baiknya menggunakan barangan terpakai dan disyaratkan perlu menggunakan sekurang-kurangnya 100 pelita sumbu. Penambahan replika di kawasan yang ditetapkan adalah satu bonus.

Fadli berkata, pihaknya menetapkan penglibatan semua pejabat daerah berikutan pihak itu merupakan keluarga angkat kepada rumah-rumah tradisi KBT.

“KBT akan beroperasi seperti biasa pada waktu siang, dan akan dilanjutkan waktu pengoperasian pada sebelah malam iaitu dari pukul 9 malam hingga 11:30 malam. 

"Aktiviti sampingan turut dianjurkan antaranya demontrasi dan jualan produk kering serta makanan moreh tradisional di rumah-rumah dan platform yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan media.


Nostalgia Pelita Raya


Beliau berkata, apa yang dianjurkan itu pastinya bukan sahaja dapat mengembalikan nostalgia malam tujuh likur yang lazimnya diamalkan penduduk dahulu kala, malah dapat mempromosikan KBT kepada masyarakat luar, terutama pelancong asing.

“Penganjuran program tersebut juga pada masa sama mampu memupuk semangat cintakan tradisi Melayu dan mengimarahkan hubungan silaturahim antara pejabat daearah dan pengunjung, malah turut dapat menonjolkan elemen pelancongan budaya yang turut sinonim dengan negeri Terengganu,”katanya. - KitaReporters


Pelbagai reka bentuk kreatif pelita raya yang dipasang oleh penduduk Terengganu

9
12
1
16
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago