Selera & Santai 31 Aug, 2022

Video! Gara-gara Khairulaming datang beli! Nasi lemak RM1 Bangsudu jadi tular! Beratur panjang beli!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


NASI lemak RM1 menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah dan sangat sedap untuk dimakan walaupun jumlah nasinya tidak banyak. Baru-baru ini Khairulaming telah mencuba nasi lemak Bangsudu kerana sambalnya yang sedap.

Oleh sebab itu, nasi lemak Bangsudu menjadi tular kerana sedap sehingga pelanggan yang datang membeli nasi lemak ini beratur sangat panjang untuk mendapatkannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan Khairulaming



Pemilik nasi lemak ini yang bernama BangSudu atau Fazrie Haiqal menceritakan pengalamannya sendiri dalam Twitter apabila nasi lemak Bangsudu menjadi tular dan apa yang beliau pelajari untuk menghargai pelanggannya yang membeli dengan harga RM1. 

Pertama sekali, apapun perlu tenang bila orang ramai macam ni kita kena lebih bertenang supaya waktu niaga tu tak huru-hara. Walaupun dalam hati dah takut gila- gila, bertenang adalah kunci untuk selesaikan semua yang datang.



Kedua, perlulah bertenaga untuk melayan semua pelanggan yang sanggup beratur panjang supaya mereka rasa gembira semasa beratur untuk membeli nasi lemak.

Terakhir, pastikan stok nasi lemak itu cukup agar pelanggan tidak berasa kecewa bila dah beratur lama tetapi tidak dapat membeli nasi lemak. Ini kerana mereka akan berasa penat bila sampai tiba-tiba nasi lemak habis terjual.



Dalam sebuah video TikTok sebelum ini, Khairulaming telah berkongsi kepada semua menyatakan nasi lemak Bangsudu dimasak sendiri oleh ibu bapanya dan dijual setiap pagi oleh Bangsudu

Sebanyak 600 pek nasi lemak yang dijual setiap hari boleh habis dalam masa 30 minit sahaja.



Bagi Bangsudu, sehingga kini beliau cuba kekalkan harga RM1 untuk nasi lemak dijualnya kerana tidak mahu bebankan pembeli terutamanya adik-adik yang beli nasi lemaknya untuk sarapan di sekolah.

Jika anda berada di kawasan berdekatan Desa Coalfields, di Sungai Buloh, Selangor, boleh singgah untuk beri sokongan kepada Bangsudu. 

Apapun. teruskan berniaga dan semoga maju jaya dalam perniagaan nasi lemak RM1 yang memang sedap ini. - KitaReporters


15
9
0
15
0
You will be interested