Selera & Santai 06 Feb, 2023

Menu Rahmah mula diikuti, kian tular! Chatime pula tawar RM5 segelas! Promosi sehingga 28 Feb 2023!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


LANGKAH  kerajaan memperkenal Menu Rahmah oleh peniaga bagi meringankan beban golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup terus mendapat sambutan hangat dengan pembekal minuman terkemuka, Chatime pula menyahut inisiatif itu menawarkan harga RM5 segelas untuk sepanjang bulan Februari.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, beliau melahirkan rasa kesyukuran apabila terdapat pengeluar minuman terkemuka seperti Chatime menawarkan Menu Rahmah untuk memastikan golongan seperti B40 mampu membeli makanan dan minuman di restoran pada harga yang berpatutan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harga murah


“Alhamdulillah, lebih banyak restoran dan francais yang menyambut baik inisiatif rahmah. Terima Kasih Chatime,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial menyokong inisiatif tersebut dengan harapan ia diperluas sehingga ke lokaliti luar bandar agar lebih ramai rakyat dapat menikmati Menu Rahmah yang semakin tular.



“Tahniah YB, cuma tolong pastikan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam, dan kompromi kepada kualiti,” ujar @gibaok5.

“Kalau boleh diluaskan di seluruh Malaysia biar rakyat luar bandar boleh merasai  usaha kerajaan perpaduan,” jelas @Reizki9.

“Semoga bertambah luas dan berkekalan bukan mengikut trend. Teruskan usaha baik sebegini YB,” jelas @NurulRa1412. - KitaReporters


10
15
0
7
0
You will be interested