Selera & Santai 30 Mar, 2024

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this



KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-tempat mewah termasuk restoran, resort dan hotel besar di bandar, penanam padi di Hulu Besut, Terengganu lain pula caranya apabila mereka memilih kawasan sawah padi tempat mereka mencari rezeki untuk mengadakan majlis berbuka puasa.

Kumpulan pesawah terbabit mengadakan program iftar di kawasan lapang dan jalan sawah di Kampung Padang Baloh, Hulu Besut, Terengganu sebagai acara untuk rakan-rakan pesawah dan ahli keluarga mereka.



Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) TPBA,  Wan Abdullah Wan Abdul Kadir berkata, program tersebut adalah rutin tahunan setiap kali Ramadan bagi mengumpul pesawah yang mengerjakan tanaman padi di kawasn itu.

Sempena program itu kira-kira 100 peserta menghadiri majlis tersebut yang diadakan di tempat terbuka berlatarbelakangkan sawah padi yang sedang menghijau.


Suasana meriah majlis berbuka puasa pesawah di Hulu Besut yang diadakan di sawah Kampung Padang Baloh


Katanya, semua pesawah dikehendaki membawa hidangan masing-masing dan berkumpul beramai-ramai di lokasi yang ditetapkan untuk sesi berbuka puasa.

Menurutnya, selain berinfaq hidangan iftar bersama-sama keluarga, mereka juga turut menjemput komuniti kampung dan pelajar dari pusat tahfiz.


Pesawah menunjukkn tand bagus mengadakan majlis berbuka puasa di sawah


“Program seumpama ini dapat menjalin kasih sayang serta ukhwah antara pesawah dan keluarga serta pemimpin tempatan termasuk pegawai pegawai agensi pertanian,” kata Wan Abdullah.  

Menurutnya lagi, ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam CSR komuniti sekitar Kampung Padang Baloh, Pasir Akar yang berada di  Mukim Hulu Besut. 



Wan Abdullah berkata program bermula jam 6 petang dan berakhir jam 8 malam ini dipenuhi dengan pelbagai acara keagamaan termasuk ceramah, tazkirah dan menjalankan ibadah solat berjemaah. 

Program ini dianjurkan oleh KP TPBA Hulu Besut, Mukim Pasir Akar dan disokong oleh beberapa badan sukarela seperti JPKK.

"Selain daripada merasai dan menikmati keindahan panorama sawah padi waktu petang, tujuan program dilaksanakan adalah bagi  menjalin dan merapatkan ukhwah antara pesawah-pesawah dan keluarga dan agensi serta pemimpin tempatan,” katanya lagi. - KitaReporters


11
11
2
15
0
You will be interested