Selera & Santai 25 Aug, 2020

Mitos makanan pedas tak bagus? Tapi jangan makan berlebihan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

WEH, jangan makan pedas nanti kena buasir dan ulser perut! Tak elok makan pedas-pedas kerana tak bagus untuk perut. Antara bahan utama dalam makanan pedas sudah semestinya cili. Seringkali kita mendengar orang di sekeliling memberitahu makanan pedas boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Namun, benarkah dakwaan itu? : KitaReporters

Cili banyak manfaat tetapi jangan dimakan secara berlebihan.


Lagi cerita-cerita berkaitan cili:

https://kitareporters.com/search?search=cili


Informasi dan info grafik yang dikongsi dalam Facebook Public Health Malaysia (PHM) ini mampu memberi jawapan kepada persoalan tersebut. 

Menurut PHM, dakwaan mengatakan makanan pedas bahaya untuk kesihatan adalah kurang tepat. Malah, Capsaicin yang ada dalam makanan pedas memberi manfaat dan baik untuk kesihatan.

Malah, maklumat yang dikongsi itu menepis sama sekali mitos yang sering kedengaran mengatakan makanan pedas punca ulser perut dan buasir.

“Cili bukan sahaja tidak menyebabkan ulser (luka) di perut, malah ia berfungsi sebagai pelindung.

“Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah di dalam perut. Ini mampu melindungi lapisan dalam perut daripada terluka.

“Kajian juga menunjukkan cili tidak mempunyai kesan kepada masalah buasir. Tetapi sesiapa yang mempunyai luka di dubur perlu berhati-hati kerana makanan pedas menyebabkan luka menjadi pedih,” jelas PHM.


Sebagai orang Islam, kita sentiasa diingatkan agar sentiasa bersederhana dalam apa jua termasuk pemakanan. Rasullullah SAW sendiri akan berhenti makan sebelum kenyang.

Justeru PHM menasihati orang ramai agar tidak makan berlebihan kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, cili juga tidak boleh dimakan secara berlebihan.

“Walaupun ia tidak menyebabkan ulser perut, cili boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah individu. Ia boleh mengakibatkan Irritable Bowel Syndrome, makanan tidak hadam dan sakit perut. Pada sesiapa yang sering mengalami sakit perut apabila makan makanan pedas, sila berhati-hati.

“Mencederakan rongga mulut dan saluran pemakanan. Terdapat beberapa kes melibatkan peserta makan cili dan selebriti YouTube yang makan cili dalam kuantiti berlebihan.

“Peserta pertandingan itu muntah dengan dahsyat sehingga esofagusnya terkoyak. Selebriti YouTube itu pula pengsan dan meracau sehingga perlu diberi bantuan kecemasan,” tulis PHM.


Jadi, walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan, jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Sebelum anda salah faham, khasiat cili yang disebutkan ini tidak termasuk produk makanan yang telah diproses seperti sos cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam termasuk ayam goreng pedas yang dijual di restoran makanan segera itu. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested