Selera & Santai 25 Apr, 2021

Mariah Mamat, pengusaha kuih tradisonal di Setiu! Ibu tunggal gigih cari rezeki bantu keluarga

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Mariah Mamat menunjukkan pelbagai jenis kuih yang diusahakannya


KEHADIRAN Ramadan memberi rahmat dan rezeki yang lebih kepada pengusaha kuih terutama kuih tradisional kerana permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat berbanding pada bulan biasa

Seorang ibu tunggal, Mariah Mamat, 56, dari Kampung Buruk, Bandar Permaisuri, Setiu gigih mencari rezeki dengan meningkatkan lagi usaha membuat kuih bagi menampung perbelanjaan keluarga selepas kematian suami dua tahun lalu.

Dia yang berpengalaman membuat kuih lebih 30 tahun mengunakan kemahiran  yang ada untuk membuat pelbagai jenis kuih terutama sepanjang ramadan ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kuih

Mariah Mamat


Katanya, ketika arwah suami masih ada dia sudahpun membuat  kuih jualan ini bagi menambah pendapatan keluarga tetapi selepas ketiadaan suami, dia membuatnya dengan lebih bersungguh-sungguh bagi menambah pendapatan.

"Suami, Zaharuddin Sani meninggal pada April 2019, selepas itu, saya perlu mencari sumber pendapatan sendiri bagi menampung perbelanjaan keluarga," kata ibu kepada empat orang anak itu," katanya.

Mariah berkata, dia mula membuat kuih sebelum solat subuh iaitu sekitar jam 5.30 pagi dan berakhir jam 9 pagi.

"Saya dibantu leh seorang anak, Norfatin Zaharuddin, 28, untuk menyiapkan kuih-kuih itu pada setiap pagi sepanjang Ramadan ini," katanya.


Kuih popia ikan mendapat sambutan orang ramai


Antara jenis kuih yang dibuat oleh Mariah ialah cucur, ketayap, kuih ropa ikan, kuih apam kaya dan kuih ropa ubi.

"Kuih-kuih inilah yang jual sebelum dan sepanjang Ramadan ini dengan meletakkan di sebuah pasar raya di Bandar Permaisuri dan beberapa tempat lagi," katanya yang mempelajari membuat kuih daripada arwah ibunya ketika berusia 20-an.

Mariah berkata, dia yang mengeluarkan modal kira-kira RM50 untuk membeli bahan-bahan membuat kuih, kini mampu memperolehi pulangan yang agak baik.

"Cukuplah sebagai pendapatan saya harian saya selain sumbangan anak-anak yang sudah bekerja," katanya yang masih mempunyai seorang anak yang masih belajar.

Menurut Mariah, dia mengharapkan perniagaan kecil-kecilanya yang dilakukanya itu dapat berkembang secara terus menerus.

"Sebagai pekerjaan tradisi keluarga bermula dari nenek dan emak, saya berharap ada generasi akan datang dapat melakukan pekerjaan ini pada masa depan," katanya. - KitaReporters


Kuih cucur mendapat sambutan pembeli

44
7
0
1
0
You will be interested