Selera & Santai 30 Nov, 2022

Video| Otai masih berbisa! Nyanyian santai Itam Jelmol ubati rindu peminat! Ramai cadang sertai GV!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


LAGU Rinduku Tiada Berteman, Mawar dan Keranamu nyanyian kumpulan Jelmol pernah menjadi siulan peminat sekitar tahun 1990-an lalu. Dianggotai lima individu suku kaum Temiar dan Semai, Jelmol merupakan kumpulan muzik Orang Asli pertama di Malaysia.

Kumpulan berasal daripada Gerik, Perak ini 'menyepi' dari industri muzik tanah air selepas album kedua, Emas Permata. 

Bagaimanapun, perkongsian video menerusi TikTok @saifulyussoff menjadi tumpuan warganet, sekali gus sedikit-sebanyak ubati rindu peminat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi legenda

Dua album Kumpulan Jelmol iaitu Asli dan Emas Permata.


Video berkenaan memaparkan Itam Geladis atau lebih dikenali sebagai Itam Jelmol selaku vokalis Jelmol menyanyikan secara santai lagu berhantu, Rinduku Tiada Berteman.

Nyanyian berkenaan ternyata menarik perhatian warganet apabila mereka bukan sahaja terimbau kisah dan kenangan lama masing-masing tetapi turut kagum dengan suara Itam yang masih mantap.





Dek kerana kemantapan suara Itam Jelmol, ada dalam kalangan netizen turut meninggal komen mencadangkan penyanyi ini menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV).

"Kena masuk GV ni, hampir 30 tahun tak nampak di kaca tv,"@borhan mokhtar

"Baru betul masuk GV. Ni masuk GV orang yang tengah rancak buat show, carilah yang betul-betul hilang," @Fitri Ikom. 



Sementara itu untuk info, selain daripada Itam, Kumpulan Jelmol turut dianggotai Ajas selaku pemain dram, Kevoq (gitar utama), Asang (gitar kedua) serta Taling selaku pemain bes.-KitaReporters



14
13
1
8
0
You will be interested