Selera & Santai 29 Oct, 2022

Mai pi Pasar Bunga Shah Alam! Galak masyarakat cintakan persekitaran warna warni, hijau dan harmoni!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


KEINDAHAN bunga-bunga sentiasa menjadi faktor ketenangan dan keharmonian hidup. Bunga juga lambang kasih sayang dan cinta abadi sepanjang hayat. Selain bunga pokok, daun-daun yang menghijau turut mendamaikan suasana.  

Oleh yang demikian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sentiasa menekankan konsep warna warni dan kehijauan dalam suasana kehidupan penduduknya. 

MBSA menganjurkan program Pasar Bunga Shah Alam sebagai acara tahunannya yang sentiasa dapat menarik minat bukan sahaja warga Shah Alam tetapi juga masyarakat di beberapa negeri di seluruh Malaysia.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pokok bunga-bunga

Urus setia Program Pasar Bunga Shah Alam


Seperti tahun-tahun yang lalu Program Pasar Bunga Shah Alam dikendalikan oleh Jabatan Landskap MBSA dengan kerjasama beberapa jabatan yang lain di MBSA. 

Program yang berlangsung pada 27 Oktober hingga 30 Oktober bertempat di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam. Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 8.30 malam. 

Pelbagai jenis bunga dan peralatan landskap serta barang barang pertanian ada dijual di situ. 


Bunga orkid


Antara bunga yang menarik dijual di sana


Bunga bunga Rose pelbagai warna

Menurut Pengurus Program Pasar Bunga dan Pegawai Landskap MBSA, LAr. Khairunnisa Mohd Zaini, program Pasar Bunga Shah Alam itu acara tahunan MBSA sempena sambutan Hari Bandar Raya Shah Alam yang jatuh pada bulan Oktober setiap tahun

Pada tahun ini (2022) Shah Alam menyambut ulang tahun hari bandar rayanya yang ke-22 tahun.

"Program ini melibatkan jualan pokok pokok bunga, pokok-pokok sayuran dan buah-buahan, bahan-bahan pertanian, barang barang landskap, dan produk IKS. 

"Tahun ini hanya 23 khemah yang menyertai program ini berbanding 40 khemah yang menyertai program itu tahun lalu (2021). Bagaimanapun peserta yang mengambil bahagian dalam program pasar bunga ini datang dari beberapa negeri seperti, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang, dan konsep tahun ini lebih sederhana tetapi tetap meriah," kata Khairunnisa.


Madu tualang


Landsape dalam botol atau Terrarium


Set hydroponik


Sementara itu seorang pengunjung Roselina Bahaudin berkata, Pasar Bunga Shah Alam kali ini agak sederhana dan kurang khemah dan peserta yang menyertai program berkenaan berbanding tahun-tahun yang sudah. 

Harga yang ditawarkan pun agak sama dengan harga di kedai bunga yang lain dan di nursery bunga di beberapa tempat di Shah Alam. 

Baginya jika harga barangan di situ dijual agak rendah dan menawarkan diskaun itu mungkin lebih baik sebagai tarikan pengunjung ke Pasar Bunga Shah Alam. 

Beliau juga berharap pihak MBSA dapat menyediakan tempat parkir kereta kepada pengunjung supaya tidak berlaku kesesakan di tepi jalan kawasan penjualan bunga-bunga berkenaan.

Bagi menjayakan program ini penduduk Shah Alam dan mereka yang berminat membeli pokok-pokok bunga di jemput datang beramai-ramai memeriahkan pasar bunga yang akan berlangsung selama 4 hari ini di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam. 

Terdapat banyak pilihan pokok-pokok bunga dan barangan pertanian seperti baja, tanah dan peralatan pertanian di jual di sana. Datanglah beramai-ramai. - KitaReporters


Gerai bunga    

Pelbagai warna 

Cantik 


Terrarium

5
12
0
16
0
You will be interested