Selera & Santai 11 Aug, 2022

Keluarga Malaysia sukakan kari! Bau aromanya sahaja sudah begitu sedap! Mahu tapi malu nak minta!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



MAKANAN jadi satu komponen yang tak kurang penting dalam penyatuan bangsa negara seperti mana yang diharapkan dalam aspirasi Keluarga Malaysia. 

Aroma masakan sememangnya boleh buatkan seseorang menjadi begitu berselera untuk makan namun jika dapat baunya sahaja, itu pasti lebih menyedihkan sampai mengeluarkan air mata


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selera makanan



Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok, @olala_shafizola yang memuat naik bahawa masakan kari daripada jiran belakang rumanya sangat menyelerakan biarpun hanya dapat baunya sahaja.

Dan jiran beliau itu pula bukan sesama bangsa tetapi mereka berbangsa India. Kari daripada masakan orang India sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Memang AAA+. 

"Rasa macam... tapi malu," catat @olala_shafizola sambil gunakan ikon menangis terisak-isak.



Disebabkan video itu, beliau telah dapat pelbagai reaksi dan paling mengharukan bila ada netizen bangsa India yang berikan respons yang cukup positif kepada dirinya







Ini jelas menunjukkan bahawa kepelbagaian bangsa di Malaysia sangat harmoni malah saling membantu antara satu sama lain seperti sebuah keluarga besar

Bukan mudah untuk dapat jiran yang saling memahami apatah lagi dapat hidup dengan aman di satu kawasan yang sama. 

Ada juga yang memberi tip untuk dirinya meminta resipi daripada jiran tersebut namun kata tuan badan, bukan tidak mahu memintak tapi sudah ada 'guard' yang menanti di hadapan rumah.

Jika silap langkah, takut lari tak cukup tanah pula. - KitaReporters 


12
13
0
9
0
You will be interested