PERMAINAN layang-layang bukan saja digemari golongan kanak-kanak dan remaja namun golongan dewasa juga.
Peniaga layang-layang atau wau di kawasan pantai pelancongan Bisikan Bayu di Tok Bali, Kelantan, Rohani Md Nor, 60, memberitahu KitaReporters beliau sudah berniaga layang-layang di kawasan itu sejak lebih sepuluh tahun lalu.
Katanya, pada musim perayaan terutama cuti sekolah atau pun setiap cuti mingguan, dia memulakan perniagaan sejak jam 9 pagi hingga ke malam.
Menurut Rohani yang tinggal di Kampong Raja Dagang, Tok Bali perniagaannya di tepi pantai pelancongan itu turut dibantu oleh suaminya ketika keadaan pelancongan meningkat ramai terutama pada sebelah petang.
Jelasnya, jika waktu pelancong ramai beliau dapat menjual layang-layang sehingga mencapai hampir RM1,000 nilai jualan sehari.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bermain layang-layang
Tinjauan KitaReporters di pantai pelancongan ini mendapati hampir sepuluh peniaga layang-layang berniaga di situ, namun mereka sering berkerjasama antara satu sama lain .
Menurut Rohani, perniagaan beliau dan rakan-rakannya yang lain yang berniaga layang-layang di pantai itu mengalami tekanan amat teruk sepanjang dua tahun lalu akibat wabak Covid-19.
Katanya amat sedih kerana tiada pelancong dan sumber pendapatan mereka pun turut terjejas teruk.
Setiap satu layang-layang yang berbentuk helang besar dijual dengan harga RM15 hingga RM20 mengikut saiz.
Rohani dan rakan-rakannya berterima kasih pada pihak berkuasa pantai Bisikan Bayu yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat pada mareka untuk terus berusaha berniaga di pantai berkenaan dalam usaha mengalakkan pelancong dalam negeri dan seluruh Malaysia datang ke pantai itu untuk beriadah dengan keindahan pantai yang bersih.
Beberapa pelancong yang ditemui memberitahu KitaReporters pantai Bisikan Bayu amat bersih dan indah serta mudah mendapat gerai menjual makanan dan permainan kanak kanak serta alat mandi di laut pada harganya yang berpatutan. - KitaReporters