Selera & Santai 22 Oct, 2020

Pertandingan fotografi MPK! Bekas juruvideo TV3 bolot hadiah

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this
MEMILIKI pengalaman selama 35 tahun dalam bidang fotografi ternyata membawa tuah kepada Bazaai Ahmad apabila gambar serta video yang dirakam dan disuntingnya itu mencuri hati juri apabila terpilih memenangi empat hadiah dalam satu pertandingan foto dan video anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). : KitaReporters

Bazaai Ahmad menerima hadiah  yang disampaikan oleh Shahaniza Shamsuddin 


Lagi cerita-cerita berkaitan fotografi:

https://kitareporters.com/search?search=fotografi 


Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia tak siapa yang tahu.  

Itu peribahasa tepat menggambarkan rezeki yang diperolehi bekas Juruvideo TV3, Bazaai Ahmad, 60, apabila berjaya memenangi empat daripada 36 hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan Fotografi Bulan Kemerdekaan 2020 dan My Beautiful Kuantan 2020 anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Bazaai yang kini bertugas sebagai Juruvideo Sambilan juga di TV3 menerima Saguhati Video My Beautiful Kuantan 2020; tempat Kelima Videografi dan Fotografi My Beautiful Kuantan 2020 serta tempat keempat Fotografi Bulan Kemerdekaan 2020 (Kategori Profesional) dengan nilai keseluruhan wang tunai diterima berjumlah RM2,350. 

Wow, hebat Juruvideo otai TV3 ni!



Bekas Juruvideo TV3, Bazaai Ahmad memiliki 35 tahun pengalaman dalam bidang fotografi


Beliau yang berkhidmat selama 25 tahun di stesen penyiaran terkenal itu berkata, walaupun gagal mendapat tempat pertama, dia tetap bersyukur kerana rakaman gambar dan videonya yang menepati tema pertandingan tetap menjadi pilihan juri. 

"Penyertaan sekadar mencuba nasib sahaja tetapi tidak menyangka boleh menang empat hadiah sekali gus. Itulah namanya rezeki terpijak.



Dua daripada empat hadiah dimenangi Bazaai adalah daripada foto ini


Menurut Bazaai, ketika zaman mudanya dahulu, dia sememangnya berminat menyertai pertandingan fotografi, namun terpaksa melupakannya buat sementara kerana kesibukan tugas.
"Selama 10 tahun saya menyepikan diri daripada sebarang pertandingan sehinggalah bersara tahun lepas apabila saya kembali aktif merakam gambar lokasi pelancongan menarik di Pahang," katanya.
Bazaai ditemui selepas menerima hadiah pertandingan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin di Majlis Hi Tea Bersama Jurufoto, Blogger dan Media di Kompleks MPK di Kuantan.

Pemenang merakam gambar kenangan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin selepas majlis pengampaian hadiah


Datuk Seri Shahaniza menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan 


Seramai 18 pemenang membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM11,000 dalam pertandingan berkenaan yang julung kali diadakan itu. Pemenang turut membawa pulang sijil penyertaan, hadiah iringan (tajaan penginapan) dan cenderahati.
Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin pada sidang media selepas majlis berkenaan berkata, pertandingan diadakan sempena Hari Kemerdekaan 2020 dan bermatlamatkan Kuantan sebagai Bandar Pelancongan. 
"Sebanyak 326 penyertaan diterima dan kita akan memperhebatkan lagi usaha ini di masa akan datang dengan membabitkan lebih ramai masyarakat khasnya di peringkat komuniti di Kuantan," katanya.




Sebahagian daripada foto-foto yang memenangi pertandingan Fotografi dan Videografi anjuran MPK


Pemenang tempat pertama kategori Fotografi My Beautiful Kuantan, Mohamad Lutfi Mohamad Sahbudin 


Sementara itu, pemenang tempat pertama bagi kategori Fotografi My Beautiful Kuantan, Mohamad Lutfi Mohamad Sahbudin, 28, pula berkata, dia tidak terlalu mengharapkan kemenangan kerana tahu ramai jurufoto profesional mengambil bahagian.

"Apapun, ini rezeki saya malah boleh dikatakan dengan pelbagai pengalaman sebagai jurufoto sejak berusia 18 tahun banyak membantu saya mendapatkan pelbagai sudut menarik untuk merakam gambar," katanya yang menerima wang tunai RM1,500.

Foto rakaman Mohamad Lutfi  berjaya menarik perhatian juri pertandingan Fotografi "My Beautiful Kuantan"

Menurutnya, pertandingan itu secara tidak langsung mempromosikan lokasi pelancongan yang menarik di Pahang.
"Walaupun penularan wabak pandemik COVID-19 masih belum berakhir, pihak yang terbabit dalam sektor pelancongan perlu bersikap lebih proaktif mempromosikan lokasi-lokasi baru dan menarik untuk dilawati.
"Adakalanya, pelancong luar negara lebih mengenali Taman Negara daripada Pahang itu sendiri. Pemain industri juga perlu bijak menggunakan ruang dan peluang sedia ada untuk memasarkan lagi produk mereka," katanya yang bekerja sebagai Jurivideo dan Jurufoto sambilan sertsa pelukis mural.

Hamdan Hussin (kiri) melihat foto-foto yang memenangi pertandingan berkenaan


Negara kita dikurniakan lokasi-lokasi pelancongan yang sangat menarik sama ada di daratan, lautan, pulau, hutan, sungai, tanah tinggi, gunung dan bukit. Justeru, menjadi tugas masyarakat dan pemain insdutri berterusan mempromosikn destinasi pelancongan sedia ada dan baru untuk diteroka dan kunjungi pengunjung dalam dan luar negara. - KitaReporters

5
0
0
1
0
You will be interested