Selera & Santai 28 Jun, 2020

Sajian antarabangsa! Dapur halal Michael Ang ke luar negara!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SIAPA di sini suka menikmati makanan ala masakan Cina? Jika ada, tentu sekali program masakan ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ bukan asing kepada yang suka belajar memasak menu kegemaran warga Cina. Terbaharu, program terbitan penerbit, pengarah, penulis skrip serta pelakon Michael Ang itu tampil dengan musim kedua. Michael Ang’s Halal Kitchen’ musim ke-2 bakal menemui penonton mulai Rabu, 1 Julai 2020 ini, jam 9 malam di saluran Naura (109). : KItaReporters


Jika pada musim pertama, program masakan itu diinspirasikan daripada keinginan Michael untuk menikmati makanan kegemaran warga Cina, beliau merealisasikannya dengan menggunakan bahan masakan halal sesuai dengan statusnya yang sudah bergelar seorang ‘mualaf’.

Kini, bagi musim kedua, menyaksikan sutradara prolifik yang banyak menghasilkan drama-drama popular seperti ‘Suri Hati Mr. Pilot’ ini kembali ke dapur dengan memfokuskan kepada hidangan dan sajian antarabangsa pula.


Antara negara yang dilawati bagi memperkenalkan bahan-bahan masakan yang halal meliputi Filipina, Scotland, England, Thailand, Perancis, Uzbekistan dan banyak lagi.

Ditemani artis-artis jemputan antaranya seperti Mark Adam, Diana Danielle, Amelia Henderson, Mona Allen, Mawar Rashid, Jonathan Putra dan Ramona Zam Zam, program masakan Michael turut menyaksikan beliau berborak secara santai tentang selok belok kehidupan peribadi serta perkembangan terbaharu selebriti terbabit dalam kerjaya masing-masing.


Antara artis jemputan Michael Ang adalah Diana Danielle (gambar atas) dan Mark Adam (bawah).


Bercakap mengenai program musim terbaharu itu, Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro berkata, "program ini bukan sahaja boleh mencetuskan inspirasi untuk mencuba makanan negara lain, ia juga dapat mencungkil bakat memasak penonton yang mungkin terpendam.”

Menurutnya kehadiran artis-artis jemputan semestinya akan memeriahkan kandungan program dengan gelak tawa waima menampilkan sisi lain mereka ketika ‘beraksi’ di dapur. 

“:Sejak pelancaran saluran Naura pada tahun 2018, kami tetap dengan pendirian untuk menghasilkan program-program yang mempunyai nilai pasaran global, di mana pengisiannya sesuai buat tontonan masyarakat Muslim di Malaysia dan komuniti Muslim seluruh dunia,” tambah Azlin kepada media.

Azlin Reza Azmi.

Katanya, Naura amat teruja untuk bekerjasama semula dengan Michael Ang bagi menjayakan musim kedua ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’.

“Dengan adanya musim kedua ini, ia sekali gus mengetengahkan konsep ‘global kitchen’ di mana setiap hidangan boleh dinikmati oleh umat Islam. 

"Kami yakin mesej yang cuba disampaikan dengan sentuhan istimewa Michael kepada audiens dapat dimanfaatkan semua,” akhiri Azlin.

Selain memilih saluran Naura pada setiap Rabu jam. 9 malam mulai 1 Julai ini, penonton boleh juga menontonnya cara lebih fleksibel dengan menstrim secara percuma melalui aplikasi Astro Go dan secara On Demand.

Program berdurasi 30 minit ini akan bersiaran selama 26 episod. 

Jadi siap sediakan diri anda di hadapan TV dengan pen atau pun lebih mudah rekod je kan supaya boleh ulang tayang. Tak gitu? - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested