Selera & Santai 06 Jan, 2023

Video| Keluarga Malaysia! Uncle order nasi lemak! Dah habis! Peniaga sedekah nasi kerabu lauk sotong!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


KEBAIKAN seorang peniaga memberi makan secara percuma kepada seorang warga emas berbangsa Cina yang uzur ketika singgah di kedainya untuk mengisi perut telah meraih perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna media sosial yang bernama @Ciksuegebu, kelihatan peniaga itu begitu ikhlas melayan permintaan dari uncle itu yang memesan nasi lemak namun tidak dapat ditunaikan setelah makanan tersebut habis jualan lalu peniaga itu menyediakan makanan nasi kerabu berlauk sotong yang gemuk kepada warga emas itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspirasi Keluarga Malaysia


“Seronoknya saya Uncle datang hari ini. Tetapi yang sedihnya saya tidak boleh sediakan nasi lemak kerana telah habis.

“Nasib baik ada Ogy boleh sembang bahasa Cina. Uncle sangat happy hari ini boleh makan lauk sotong. Tetapi saya baru perasan uncle pakai baju yng sama sahaja untuk beberapa hari ini,” kongsinya menerusi ruangan kapsyen dalam laman aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan kehidupan warga emas itu serta mengucapkan terima kasih atas segala kebaikan yang dilakukan oleh peniaga itu.



“Semoga Tuhan merahmati kamu, dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu” doa @ErinFong.

“Moga murah rezeki awak sentiasa. Seronoknya dapat peluang buat pahala,” tulis @Nahsriq.

“Seronok dia tengok uncle itu datang, auto menangis. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu ya kakak,”. jelas @MarshMallow. - KitaReporters 


17
11
0
9
0
You will be interested