Selera & Santai 17 Jul, 2023

Video| 650 kereta berkuasa tinggi! 312 Harley Davidson! Adrenaline Rush Track Day 2023 cipta rekod!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



Sebuah acara sukan automotif, ‘Adrenaline Rush Track Day 2023’ (ART Day 2023) telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 lalu di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Acara yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U Supercars dan menampilkan Utama Motors sebagai penaja utama, telah dihadiri lebih 4 ribu pengunjung yang memenuhi kawasan pit bagi menyaksikan dengan dekat himpunan pelbagai kereta dan motor berkuasa tinggi.

ART Day 2023 telah dibuka dengan majlis pelancaran Kelab U Supercars dan Kelab Auto PEKEMA, yang disaksikan para jemputan khas, barisan media elektronik dan media cetak, pempengaruh (influencer), blogger dan peserta-peserta perarakan kereta dan motor berkuasa tinggi di Kelab Paddock Selatan SIC.



Majlis pelancaran telah menyaksikan Pengarah Urusan Utama Motors, yang juga merupakan penaung Kelab U Supercars, Dato Marof Khan Mohamed Idris dan Dato’ Mohamed Nazari Noordin, selaku Pemangku Presiden, Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), memotong reben sebagai simbolik rasminya penubuhan kedua-dua kelab automotif tersebut.

Dalam ucapannya, Marof Khan memberitahu tujuan utama penubuhan Kelab U Supercars adalah untuk berkongsi minat, pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki dalam industri automotif, melalui program sosial dan riadah yang berfaedah kepada masyarakat, selain menyemarakkan semangat setia kawan dalam kalangan ahli Kelab U-Supercars melalui aktiviti seperti konvoi, pameran kereta dan sebagainya. 

Beliau menzahirkan penghargaan kerana penubuhan Kelab U-Supercars milik Utama Motors itu telah mendapat sokongan daripada Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), sekali gus diberi penghormatan untuk merasmikan kelab tersebut dengan Kelab Auto PEKEMA.



Menurut Mohamed Nazari, pelancaran PEKEMA Auto Club adalah penjenamaan semula daripada kelab yang dahulunya dikenali sebagai PEKEMA Riders Club, dengan tujuan untuk memperluas keahlian kelab bukan sahaja kepada motosikal malah kepada kereta. 

Dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan masyarakat, beliau berharap dengan penubuhan Kelab Auto PEKEMA ini dapat memberi pendedahan dan berkongsi kepakaran dengan ahli-ahli kelab tentang teknologi kenderaan elektrik.

“Perhimpunan seperti ART Day 2023 ini menjadi landasan untuk mengukuhkan ukhwah, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan ahli-ahli komuniti kelab automotif. 

"Semoga lebih banyak program sebegini dapat diadakan setiap tahun bagi memberi peluang kepada peminat-peminat kereta berkongsi minat dan bertukar pendapat di samping merasai pengalaman memandu dalam suasana trak bertaraf antarabangsa yang lebih selamat berbanding di jalan raya,” ujar Mohamed Nazari lagi.



ART Day 2023 telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kerana telah berjaya menganjurkan perarakan secara serentak yang terdiri daripada 650 buah kereta berkuasa tinggi dan kereta sport serta 312 motor Harley Davidson yang hadir daripada seluruh negara termasuklah negara jiran, Singapura. 

Sokongan daripada kelab-kelab automotif seperti Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club dan Majlis Belia Malaysia telah menyumbang kepada kejayaan acara tersebut menjadi sebuah perhimpunan automotif kebangsaan yang terbesar. 

Turut sama berkongsi pengalaman menyertai perarakan terbesar itu adalah beberapa orang selebriti tanah air, antaranya Dato AC Mizal, Roy Azman dan Shamsul Ghau-Ghau.

Selain berpeluang melihat sendiri secara dekat keunikan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport, pengunjung-pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan tanpa henti selama 4 jam oleh Ayu Damit, Baby Shima, Fareed K Clique dan DJ Fuzz yang dihoskan oleh penghibur Hilmi Gimik dan Acad Raja Lawak. - KitaReporters/Kenyataan Media



12
16
0
13
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago