Jom kita masak!...With Love, Meghan.
RACHEL Megan Markle kembali lagi dalam program yang dia jadi produser dan pelakon utama, siri "drama kehidupan wanita elegan, With Love, Meghan.
Sebuah program yang menceritakan kehidupan baharunya di Amerika Syarikat dengan memaparkan hobi memasak, menggubah bunga dan meraikan teman-teman istimewa termasuk pelakon terkenal Hollywood.
Siri itu sudah bersiaran di Neflix pada 4 Mac 2025 yang biasalah mendapat kecaman daripada pengkritik yang tidak suka kepadanya. Namun Meghan bukan saja tidak menghiraukan tohman itu malah kelihatan dia ketawa, berbual mesra dan mengajak penonton membuat pekara yang membabitkan bahan di sekitar rumah untuk menceriakan suasana.
Ramai pengkritik cuba memperlekek peranannya dalam siri yang sebahagian daripada usaha sama dengan penerbitan Amerika yang memberinya laba, AS$100 juta dolar (RM440 juta). Malah menerusi program itu juga Meghan tidak ketinggalan menampilkan dua anaknya Puteri Lilibet, 3, dan Archie yang kini berusia 5 tahun.
Menantu kedua bekas Puteri Wales, mendiang Lady Diana dan isteri Putera Harry, Megan, 43, memilih bidang memasak dan melakukan perkara yang digemari seorang suri rumah kerana dia menganggap penting anak-anak dan suaminya, memulakan kehidupan harian dengan sajian "air tangan" seorang isteri dan ibu.
Megan dalam temu bual yang disiarkan dalam Dailyonline.uk.com, beraksi dalam lapan episod memamparkan kehidupannya dengan kegiatan harian bersama anak dan suami serta meraikan tetamu termasuk bintang televisyen dan tukang masak.
Siri yang dianggap sebagai yang terakhir dalam kerjasama dengan penerbitan Neflix itu sepatutnya disiarkan Januari 2025 lalu tetapi ditangguhkan kerana California yang menjadi negeri kediaman kekalnya selepas melepaskan jawatan sebagai kerabat diraja England bekerja, terbabit dalam kebakaran terbesar dalam sejarah negara akibat puting beliung berapi.
Sebelum ini Meghan mencuri perhatian dunia apabila buku catatan harian termasuk buku skrapnya dan puisi yang ditulis buat suami dan anaknya, Bench dicetak pecah rekod jualan buku pada minggu pertama dan laris lumayan.
Tepuk sikit dengan Cef Roy Choi.
Manakala Harry pula menerbitkan buku mengenai kehidupan peribadinya, pengalaman bekerja dan karenah keluarga diraja England turut mendapat jualan luar biasa serta teruk juga kecaman kerana mendedahkan layanan keluarganya kepada ibu dia Diana, isteri dan sikap dingin ayah dan abangnya Putera William.
Spare adalah memoir Putera Harry Duke of Sussex, dijual pada 10 Januari 2023, ditulis oleh penulis upahan (ghostwritter) J. R. Moehringer, terbitan Penguin Random House. Dengan 416 pages muka surat, memoir itu boleh dibeli secara digital, kertas biasa serta muka surat keras dan telah diterjemahkan dalam 15 bahasa.
Ini usaha sama Meghan dan Harry dalam siri kelima dengan Netflix yang ditandatangani pada 2020 dan yang bernilai lebih RM400 juta (AS$100 million juta).
Bisness Insider melaporkan buku kanak-kanak The Bench itu memberi Meghan duit permulaan RM2.8 juta (AS$618,000 atau 500,000 British pounds) manakala Putera Harry memperolehi RM129 juta (£22 million atau AS$27 million) selepas buku itu memasuki pasaran pada tahun lalu (2024).
Siri With Love, Meghan lebih kepada memaparkan cara bersosial orang kelas atasan terutama dalam kalangan kerabat diraja, cara berkomunikasi dengan teman lama atau baharu, dan petua yang dikongsi sepintas lalu oleh Meghan termasuk bagaimana dia dapat mengekalkan perkahwinan dengan Harry yang penuh berliku.
Meghan berkata dia dan Harry masih dalam frasa berbulan madu.
Dalam temu bual dengan majalah People, Meghan mendedahkan betapa terujanya Harry apabila melihatnya kembali bergiat aktif dalam dunia keusahawan dengan gaya hidupnya sebagaimana dulu termasuk peluang Meghan menerbitkan siri With Love, Meghan untuk siaran Netflix.
Meghan juga tidak lupa pengorbanan tulus ikhlas suaminya meninggalkan England dan istana demi seorang isteri dan anak-anak yang dicintainya.
Meghan akan membawa penonton cara mudah untuk mengindahkan suasana dengan cara yang tidak disangka-sangka dan membawa tetamu menggulung lengan baju mereka dari kebun sayur dan bunga sehingga memasak di dapur.
Meghan, Duchess of Sussex bersama tetamunya, Mindy Kaling dalam 'With Love, Meghan.' - Kredit foto: Netflix
Penonton mesti tidak dapat lupa bagaimana seorang pelakon drama undang-undang Suit ini menempatkan dirinya dalam kalangan rakyat biasa dengan tidak perlu mengampu keluarga diraja untuk mengekalkan darjatnya.
Prinsipnya mudah jika tidak suka dia boleh angkat kakinya dan keegoan seorang wanita muda Amerika Syarikat itu ternyata mengejutkan orang Britain terutama media negara itu yang tidak nampak sedikitpun kebaikan Meghan. Ini kerana pada mereka memuja kehidupan keluarga diraja itu syarat wajib.
Dalam setiap episod Meghan akan berada di dapur, di kebun sehingga bertembung "lawannya" lebah ketika dia menyediakan hidangan untuk tetamu.
Tetamunya termasuk pelakon Charlie"s Angels, Drew Barrymore; Cef Roy Choi; pelawak Mindy Kaling dan Alice Waters serta teman istimewanya. Malah dua anaknya turut masuk dapur membantu Meghan membuat biskut untuk dihidangkan kepada Drew Barrymore.
Tapi satu lagi yang tidak terduga ialah penampilan Meghan membuatkan koleksi baju yang dipakainya, hasil ilham pereka fesyen dari Australia, Zimmerman terus laris di pasaran. - KitaReporters
Penonton mungkin berpeluang melihat sekilas wajah putera-puteri Harry dan Meghan.