Selera & Santai 05 Jul, 2020

Tak mahu terus kerugian! Elfira Loy tutup kafe kesayangannya

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KERANA minat dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B), pelakon Elfira Loy membuka sebuah kafe pada Mei 2015 dinamakan ‘Love Me Seven Days’. Kafe itu terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur. Bagaimanapun selepas lebih 5 tahun kafe itu beroperasi, ia terpaksa ditutup pada hujung bulan Jun 2020 lalu kerana tidak mahu terus mengalami kerugian. : KitaReporters

Elfira sedih apabila kafe yang diusahakannya selama lebih lima tahun terpaksa ditutup. - Kredit foto: IG @elfiraloy


@elfiraloy : Let me do a lil throwback since the day i go the key for @lovemesevendayscafe untill the last day of lovemesevendays cafe.

i was keeping this news for quite awhile because i wasn't sure whether to continue or not. Not because of pandemic ke apa tapi because of priorities. I cant do 10jobs at one time and just let go the responsibility to other people. So this is the best decision

Today , we've already started pack everything , buang semua barang kemas kemas ada yang jual jugak.

Sedih

But i guess this is for the best.

El nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke cafe el , support el & sentiasa bagi kata semangat kepadal el . El juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada disini kami mengguris hati anda.

I hope this is not the end . Jika ada rezeki nak bukak lagi 🤗

MAY 2015 - JULY 2020


Dalam postingan dalam Instagramnya, Elfira menyatakan penutupan kafenya bukan kerana situasi pandemik Covid-19, sebaliknya kerana tidak dapat mengurus perjalanan kafe dengan baik kerana mempunyai sejumlah komitmen lain.

Elfira akui sedih perniagaan kafe miliknya itu terpaksa dihentikan. 

Elfira mengenang kafenya yang penuh nostagia baginya


Menurut Elfira, dia mengambil keputusan untuk menghentikan operasi kafe tersebut selepas merasakan sukar untuk memberikan komitmen yang baik kepada pengendalian kafe berkenaan.

Elfira berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan kini mempunyai seorang cahaya mata.

Kenangan Elifa bersama suami dan anaknya. - Kredit foto: IG @elfiraloy

0
0
0
0
0
You will be interested