Selera & Santai 28 Jan, 2021

Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai! Hadiah tahun baharu MBSJ kepada peniaga! Lebih strategik

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Banner Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai, Puchong yang disediakan oleh MBSJ mula beroperasi pada Ahad 17 Januari 2021 dipasang di kawasan tapak penjaja berkenaan.


TINDAKAN memindahkan penjaja ke satu kawasan baharu yang lebih baik dan selesa bukan sebagai langkah menjadikan perniagaan mereka kurang didatangi pelanggan. Sebaliknya memberi kelebihan untuk jangka panjang serta tidak menganggu keadaan sekitaran terutama lalu lintas.

Selain itu, ia juga bertujuan membangunkan kemudahan infrastruktur asas di kawasan rizab yang dijadikan sebagai tapak niaga.

Faktor ini merupakan antara ciri-ciri kenapa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bertindak memindahkan para penjaja berhampiran bulatan Jalan Taqwa Puchong Permai ke lokasi baharu yang lebih sesuai dan selesa, terletak tidak jauh daripada kawasan berkenaan.


Lagi kisah-kisah berkaitan Subang Jaya:

https://kitareporters.com/search?search=subang+jaya


Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai, Puchong yang mempunyai struktur berbumbung dan terletak di kedudukan strategik serta disediakan kemudahan parkir agak luas bakal menarik kunjungan ramai untuk jangka panjang. - Kredit foto: FB MBSJ dan Dr. Siti Mariah Mahmud.


Sekalipun sebelum ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu pernah mengeluarkan permit menjaja, bagaimanapun terpaksa melakukan pemindahan disebabkan penjaja terlibat melakukan berbagai kesalahan seperti yang disyaratkan pada kelulusan dikeluarkan.

Pihak MBSJ telah menyediakan tapak untuk penjaja menjalankan perniagaan di Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai sebelum proses pemindahan dijalankan. 

Proses pembinaan yang bermula sejak Julai tahun lepas mampu memuatkan 64 peniaga di mana premis tersebut strukturnya berbumbung mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang luas, ada taman permainan kanak-kanak dan terletak di laluan utama yang strategik.

Malahan medan penjaja berkenaan mampu menarik ramai pengunjung dalam masa singkat kerana ia bersebelahan tapak pasar tani dan Uptowan Puchong Permai, di samping premis kediaman bertingkat-tingkat di kawasan berhampiran.


Ruang niaga yang lebih luas dan berbumbung memberi keselesaan kepada penjaja berniaga di medan penjaja MBSJ di Dataran Puchong Permai.


Usaha menaik taraf perniagaan penjaja di Puchong Permai berjaya dilakukan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan menempatkan mereka di Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai dengan tempat lebih selesa dan ruang lebih luas untuk kemudahan orang ramai berkunjung.


Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai ini memulakan operasinya rasminya pada Ahad 17 Januari 2021 dengan kumpulan pertama 12 penjaja sebahagian mereka yang dipindahkan dari tapak niaga berhampiran bulatan di Jalan Taqwa, penjaja B40 penduduk Pangsapuri Angkat MBSJ dan penjaja sekitar Puchong.

Berikutan bermulanya operasi perniagaan medan penjaja berkenaan merupakan antara kejayaan awal MBSJ melakukan tranfomasi ke atas penjaja di sekitar Puchong Permai, Puchong ke lokasi yang lebih baik dan bersistem.

Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai mempunyai keluasan tapak yang agak selesa bagi setiap penjaja iaitu 3 meter panjang x 3 meter lebar. Selain itu penjaja juga disediakan kios seragam berukuran 2 meter panjang x 1 meter lebar.

Sebelum ini usaha memindahkan para penjaja ke medan penjaja tersebut terpaksa tertangguh kerana mendapat halangan sebahagian penjaja yang mendakwa lokasi baharu tidak sesuai dan tanpa kemudahan sewajarnya serta bakal mengurangkan pelanggan. 


Dr. Siti Mariah Mahmud (kanan) meninjau perniagaan yang dijalankan oleh salah seorang pejaja terpilih beroperasi di Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai pada hari pertama dibuka pada 17 Januari 2021.


Malahan Exco Kerajaan Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud semasa hadir majlis penerangan dan pendaftaran penjaja yang terpilih untuk berpindah ke medan penjaja berkenaan pada Disember 2020 lalu telah diganggu.

Usaha pemindahan penjaja di Jalan Taqwa, Puchong Permai ini dilakukan MBSJ sejak 2019 dan tiga kali bancian terhadap penjaja yang berniaga di tapak berkenaan. Hasil semakan semula tahun 2020, hanya 31 daripada 36 penjaja yang layak untuk dipindah ke medan penjaja.

Sebenarnya tempoh akhir para penjaja pindah dikeluarkan melalui dua notis yang dikeluarkan pada 24 September 2019 dan 13 Mei 2020, bagaimanapun misi operasi meroboh gerai-gerai penjaja ditangguhkan berdasarkan rayuan penjaja kepada Menteri Besar supaya diberi tempoh hingga November 2020. 

Malahan ada pihak tertentu cuba 'menghalang' penjaja berpindah ke lokasi baharu dengan alasan mereka sudah beroperasi sejak puluhan tahun dan tidak menganggu laluan di kawasan Jalan Taqwa.


Sebahagian penjaja yang terpilih menjalankan perniagaan di Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai selepas menerima surat kebenaran berniaga daripada MBSJ yang disampaikan oleh Dr Siti Mariah Mahmud.


Untuk fasa berikutnya penjaja warga tempatan di sekitar Puchong Permai yang menjalankan perniagaan di kawasan tidak dibenarkan atau yang menganggu laluan akan dipindahkan ke Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai.

Dr. Siti Mariah pada Ahad 17 Januari 2021 mengadakan kunjungan dan menyantuni penjaja yang memulakan perniagaan mereka di tapak yang baharu. Juga menyampaikan surat kebenaran berniaga dikeluarkan oleh pihak MBSJ.

Seramai 12 penjaja terpilih menerima sumbangan kiosk tajaan beliau di samping seorang penjaja yang menerima intensif bantuan usahawan bernilai RM4,800.

Sehubungan itu, Dr Siti Mariah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan kerana menyediakan tempat yang selesa untuk penjaja mencari rezeki, sekalipun terpaksa menghadapi berbagai masalah. - KitaReporters



Orang ramai yang berkunjung ke Medan Penjaja MBSJ di Dataran Puchong Permai pada hari pertama pembukannya.


Salah seorang penjaja yang terpilih berniaga di Medan Penjaja MBSJ di Dataran Puchong Permai menerima surat kebenaran dan sumbangan bantuan yang disampaikan oleh Dr. Siti Mariah Mahmod.

2
0
1
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago