Kredit foto: Google Image
Kalau di Malaysia, penggunaan ganja adalah salah di sisi undang-undang tidak kira untuk apa tujuan sekalipun. Jadi, jangan sesekali berani menyalahi undang-undang!
Namun di Amerika Syarikat ia berbeza sama sekali kerana tergolong dalam kumpulan herba.
Lapor portal Dailymail.com, sebuah syarikat perusahaan ganja yang berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), ganja dijadikan bahan tambahan untuk membuat brownies.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ganja
Brownies ganja terbesar di dunia. - Kredit foto: Dailymail.co
Syarikat perniagaan bernama MariMed Inc ini mendakwa mereka telah menghasilkan kek brownies ganja terbesar di dunia, sekali gus memecah rekod dunia.
Brownies tersebut mempunyai berat 385 kilogram. Manakala lebarnya mencapai hampir satu meter serta tingginya sekitar 30 sentimeter.
Lebih menarik, pencuci mulut itu mengandungi sebanyak 20,000 miligram THC (tetrahydrocannabinol) atau ganja.
Melalui produknya yang diberi nama Bubby's Baked, mereka menghasilkan brownies ganja untuk memenuhi keinginan para penggemar ganja yang inginkan kek yang lembut, lazat dan kenyal.
"Brownies buatan kami adalah campuran ganja
pertama yang kami nikmati. Bubby mencipta semula dan mengeluarkan nostalgia
dengan produk ini,” ujar pihak MariMed.
Khabarnya brownies tersebut telah diedarkan di seluruh Massachusetts dan akan dijual di farmasi di Delaware dan Maryland tahun depan (2022).
Di Amerika Syarikat, ganja tergolong dalam kumpulan herba.-Kredit foto: Dailymail.co
Namun, kalau sudah namanya ganja, ia tetap membawa keburukan terutamanya kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Di Stafford, England, seorang lelaki berulang kali menikam, mencekik dan melanggar teman wanitanya pada November 2020 selepas memakan brownies ganja.
Jadi, fikirlah baik-baik sebelum menjamahnya.
Nasib baik di Malaysia tiada pencuci mulut seperti ini. Benda yang tidak mendatangkan kebaikan, perlulah kita elak daripada melakukan dan mencubanya. - KitaReporters