Selera & Santai 08 Feb, 2021

Titi Tinggi berpelangi! Sentuhan Persatuan Mendaki Perlis warnai Jambatan Tuanku Syed Putra!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Siti Nur Sarah Salehodin, Nadiah Wafa dan Siti Nur Hajar Raffi turut sertai untuk mengecat Jambatan Tuanku Syed Putra.


SEBELAS ahli Persatuan Mendaki Perlis menggunakan kepakaran memanjat untuk mengecat dan mewarnai Jambatan Tuanku Syed Putra di Kuala Perlis bagi membantu sektor pelancongan di negeri ini.

Presidennya Zainol Din berkata, atlet wall climbing (memanjat dinding) negara Siti Nur Sarah Salehodin, atlet paraglider negara Nadiah Wafa dan pemanjat batu cenuram (rock cimbing) Siti Nur Hajar Raffi antara yang terlibat dalam projek ini. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Perlis:

https://kitareporters.com/search?search=Perlis


Kredit gambar-gambar: Persatuan Mendaki Perlis.


Zainol Din sedang mengecat bersama rakan-rakan lain.


Katanya walaupun sebelum ini mereka lebih kepada aktiviti pendakian namun selepas menerima tawaran dan perbincangan antara mereka diadakan, maka semua bersetuju kerana dapat membantu sektor pelancongan negeri Perlis khususnya dan negara amnya.

"Kehadiran penduduk di sekitar Kuala Perlis ketika kami menjalankan kerja mengecat ini juga memberikan semangat dan berjaya menyiapkannya dalam masa 12 hari," sambung Zainol lagi.


Sebelum memulakan kerja mengecat mereka memastikan peralatan yang hendak digunakan cukup.


Kerja-kerja mengecat sedang dijalankan.


Projek ini dijalankan dengan kerjasama agensi pihak kerajaan, sukarelawan dan penduduk setempat, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKR), Istana Perlis, Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPS), Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Perlis (JPS), serta kontraktor negeri ini.


Hati-hati ketika kerja mengecat dijalankan.


Pengunaan tali ketika kerja mengecat dijalankan berlatarbelakangkan laut Kuala Perlis.


Sementara itu Siti Nur Sarah berkata, walaupun aktiviti pendakian dan kerja mengecat ini berbeza dan memerlukan ketelitian terutama faktor keselamatan kerana jambatan untuk mengecat ini sempit berbanding dengan aktiviti pendakian namun dengan bekerja dalam satu pasukan akhirnya dapat disiapkan juga.

"Saya dan rakan-rakan lain berbangga kerana dapat juga berbakti kepada negeri dan negara terutama ketika pandemik COVID-19 yang membataskan pergerakan rakyat negara ini untuk melancong dan dengan siapnya jambatan yang kami gelar `pelangi’ ini dapat merancakkan lagi sektor pelancongan Perlis dan Malaysia," sambungnya lagi.


Perlu hati-hati ketika kerja mengecat dijalankan.


Warna pelangi menghiasi Jambatan Tuanku Syed Putra Perlis.


Bagi setiausaha persatuan Mohd Aizat Zahid yang bertugas sebagai Rope Acess Techinician (rigger) pula, proses menjalankan kerja mengecat ini perlu penelitian kerana kemahiran dalam penggunaan tali dan peralatan keselamatan perlu diutamakan terutama ketika bergantung di jambatan.


Pemandangan luar Jambatan Tuanku Syed Putra Perlis.


Jambatan Tuanku Syed Putra atau digelar `Titi Tinggi’ ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang ke-3 ketika itu Tuanku Syed Harun Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 30hb Januari 1961. 

Jambatan ini menghubungkan Kampung Seberang Tok Pi di sebelah Pekan Kuala Perlis ke penempatan asal Kuala Perlis di Kampung Hujung Tanjung, Seberang Ramai. - KitaReporters


Antara sukarelawan yang berjaya menceriakan Jambatan Tuanku Syed Putra, Kuala Perlis. - Kredit gambar-gambar: Persatuan Mendaki Perlis.

9
1
0
0
0
You will be interested