Pemuda UK, Aiman Nasir terkenal di Malaysia melalui YouTube Aiman Kecek Kelate.
KALAU sebelum ini Aiman Nasir @ Aiman Wynne, 23, memperkenalkan makanan Malaysia, durian dan budu kepada rakan baiknya di United Kingdom (UK), kini dia menguji selera kawannya dengan memberikan makan petai bersama sambal, yang dimakan sambil kedua-dua belah mata mereka ditutup dengan kain.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aiman Nasir
Sam (tengah) dan Jo (kiri) bersedia untuk makan petai dan sambal. - Kredit foto-foto: YouTube Aiman Kecek Kelate.
Kawannya, Sam dan Joe pernah merasa makanan pedas tetapi petai, masing-masing pertama kali ingin dicuba. Aiman membuli mereka dengan tidak menunjukkan terlebih dahulu dua makanan itu, dan mensyaratkan mereka menutup kedua-dua belah mata sebelum dan sewaktu makan.
Bagaiman reaksi Sam dan Joe kali ini? Gelagat mereka boleh ditonton dalam saluran YouTube Aiman Kecek Kelate, yang dimuat naik pada 29 September 2021 lalu.Aiman menyuapkan Sam petai dan sambal.
Aiman, anak kelahiran UK dari Bristol, sebelum ini berada di Malaysia. Dia dan ayahnya yang berasal dari Kelantan, pulang seketika ke Kelantan untuk belajar agama dan budaya keturunan mereka.
Namun Aiman pulang ke UK sekejap untuk menziarah ibu dan terperangkap di kampungnya di Bristol. Dia tidak dapat kembali ke Malaysia kerana pintu sempadan negara ditutup ekoran wabak Covid-19, dia masih berada di sana sehingga sekarang.
Aiman kembali bekerja di UK dan memulakan saluran YouTube Aiman Kecek Kelate untuk mengasah pertuturan dialek Kelantan.
"Not bad," kata Sam, dia tiada masalah untuk menelan. Sam memberi mata 6 daripada 10 untuk petai dan sambal.
Saluran YouTube Aiman Kecek Kelate memuat naik video terbaharu pada 29 September 2021 memaparkan gelagat rakan Aiman, Sam dan Jo diuji makan petai dan sambal. Aiman gemar memperkenalkan makanan Malaysia kepada kawan-kawannya di UK.
Menariknya, anak kacukan UK dan Malaysia itu mempunyai kawan-kawan yang baik dan sporting yang sentiasa bekerjasama menyertai kegiatan yang diatur untuk konten YouTubenya.
Giliran Joe pula bersedia untuk disuap.
Sesuai dengan makanan petai dan sambal, Aiman menyediakan lauk ikan bakar untuk Joe dan Sam, tetapi kerana ikan bakar tidak dijual di UK, dia terpaksa memasaknya sendiri. Dia dan rakannya pergi ke pasar terlebih dahulu untuk membeli ikan dan masak di rumah.
Jo membuka mulut bersedia untuk disuapkan petai dan sambal.
Jo dan Sam bukan saja tidak pernah menolak makanan yang disediakan oleh Aiman, malah mereka juga seronok mempelajari bahasa Malaysia dialek Kelantan daripada Aiman.
Bagaimanapun yang menghiburkan peminat adalah ketika Aiman memberi makan petai dan sambal kepada Jo dan Sam, dalam keadaan mata bertutup.
Jo tidak dapat menahan rasa pelik petai dan pedas sambal, sehingga nak termuntah.
Salah seorang masih boleh menerima makanan petai dan sambal, sementara seorang lagi gagal menelannya. Bagaimana reaksi kawan yang tidak dapat menyesuaikan selera dengan makanan kesukaan Aiman itu?
Aiman membuka saluran YouTube Aiman Kecek Kelate enam bulan lalu dan viral dalam media sosial Malaysia. Salurannya itu pantas mendapat ramai subscribers, dan terkini pengikutnya seramai 88.7 K, diiramal dengan mudah akan mencecah 100K tidak lama lagi.
Mimik muka Jo menahan tidak sedap petai dan pedas sambal.
Menurut Aiman, dia akan terus menghasilkan konten dalam dialek Kelantan kerana dengan itu dia sekali gus dapat meningkatkan penguasaan bertutur dalam dialek itu. - KitaReporters
Aiman (kanan) dan Sam (kiri). - Kredit foto-foto: YouTube Aiman Kecek Kelate.