Selera & Santai 28 Mar, 2023

Opah Ngomel| Antara karipap oksigen dan murtabak alien! Antara harga Rahmah atau harga Rahmatullah?

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


"FIRST and last time ke Bazar Ramadan kerana kami sudah berbelanja RM100 dan dapat sedekah termasuk bubur dan mi kari tapi 80 peratus juadah yang dibeli itu terpaksa dibuang ke dalam tong sampah. Membazir sangat-sangat.

"Ayam setengah ekor ni RM16 dan tiada rasa langsung. Juadah dibuang ke tong sampah kerana keras, rasa tepong saja dan terlampau manis. Memang harga barangan jualan makin mahal. Cuma kami berharap peniaga jujur dan ikhlaslah," komen seorang netizen bernama Drmeira in  the house.




Kali ini Opah nak mengomel dengan tampilkan bukti yang tertera oleh pelanggan yang mengunjungi bazar khas sempena  Ramadan. 

Nampaknya setiap tahun ada-ada saja yang tak kena. Lebih-lebih lagi selepas setahun dua yang tidak dibenarkan berniaga kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 2020. Masyarakat kita sudah semakin hilang semangat berniaga sambil bersedekah.

Kritikan macam ini selalu didengar setiap kali Bazar Ramadan dan kini dah masuk minggu kedua, semua rungutan itu membabitkan harga, cara penyediaan makanan oleh majoritinya pembeli yang tidak puas hati dengan cita rasa makanan dan harga yang dibayar.

Ada karipap 'oksigen' (kulit saja dijual tanpa isi), popia hangit, martabak hangus dan lauk pauk didakwa dijual ada ulat dan ayam yang masih mentah. 

Orang tak kata kalau tiada bukti, Malah kalu dulu, sindiran kepada peniaga yang  cekik darah, selalu dikaitkan dengan kata-kata, jual mahal ni mesti hendak untung cepat, pergi haji balik hari. 

Sekarang sindiran itu bukan saja nak gi Umrah dah tu tapi langsung nak sambung gi  London.




Walaupun majoriti jualan masih baik dan ada harga kekal macam tahun-tahun sebelumnya. 

Yang merungut ini mungkin berdepan dengan perniaga yang pertama kali buka gerai. Bila harga barangan basah mahal. Mereka dahlah tak ada pengalaman cara untuk memenuhi permintaan dan mengenakan harga pasaran.

Apalagi, warga yang terkenal dengan mulut becok memang tunggu masa saja untuk  'tembak' mereka yang abaikan mutu dan kualiti makanan, dan tetapkan harga tak masuk akal ini. 

Lagi mudah bila ada media sosial, maka menjadi-jadilah gambar diviralkan dalam Facebook dan TikTok. 

Jika tidak ada kawalan ke atas penyedia makanan ini, mungkin boleh merosakkan reputasi peniaga yang muncul bak cendawan lepas hujan.

Satu lagi soalan cepu emas, adakah peniaga ini mendapatkan suntikan yang wajib dan menjalani prosedur cara menyediakan juadah sebagaimana yang ditetapkan kepada pekerja bidang pemakanan ini? 

Kerana bukan penduduk Kuala Lumpur dan Selangor saja buka bazar ini, dilaporkan ada peniaga dari negeri lain pun turut mengambil peluang masa Ramadan untuk mengaut keuntungan. Diceritakan mereka menumpang di rumah saudara mara. 

Dulu dikatakan peniaga air saja mampu memperolehi RM10,000 sebulan!. Bayangkan keuntungan peniaga lauk-pauk dan kuih muih.




Masih ingat lagi ketika awal pembukaan Bazar Ramadan di Kampung Baru, sangat meriah. Ini disebabkan orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan bubur lambuk dari pihak masjid kampung itu yang enak, maka secara langsung mereka boleh teruskan ke bazar itu. 

Malah bazar ini turut dikunjungi pemimpin negara termasuk Tun Mahathir Mohamad yang gembira orang-orang Melayu manfaatkan bulan puasa untuk mencari rezeki dengan memudahkan penghuni bandar raya yang sibuk bekerja.

Satu lagi ramai juga bandingkan harga dah tak macam harga Rahmah tapi macam Rahmahtullah la pula. 

Ada yang mengadu harga ayam golek dari biasanya RM26 dah jadi RM30 seekor, karipap empat biji RM5 dan martabak masih antara RM7 sehingga harga kayangan RM25 sebiji! 

"Ini semua gara-gara sewa tapak yang mahal. Apa taknya ada tapak harga RM3,000 sebulan boleh meningkat RM6,000 untuk satu khemah. Dahlah harga barangan basah melambung-lambung, yang menanggungnya ialah pembeli," kata seorang netizen.

Lola dalam TikToknya menunjukkan dia beli roti John. Tempah isi ayam. 

"Beli roti itu harganya RM7. Masa buka nak makan, tengoklah apa dalam tu, hirisan lobak merah dan telor saja. Ada ke patut, bukan nak marah. Tapi sakit hati jugaklah,"

Macam komen  SiManis Dianalah, enam biji kuih berharga RM12 dah macam nak naik haji, balik harilah,"  Norliwati Ary pun mencelah, "Ialah harga semua dah naik ni dan kata Ann Zamri, betulah makin seram dengan harga bazaar tahun ni."

Sofea terus menyuarakan rasa kecewanya kerana "Boleh nak niaga, tapi janganlah harga Yahudi. Samosa selalu RM1 sekeping sekarang dah naik 50 dah. Isi tetap banyak tu juga."


Ada yang menyindir mengenai harga Rahmah yang diperkenal oleh kerajaan.


Opah?  Setiap kali Ramadan teringin nak "berewang (mundar-mandir) ke bazar tapi memasak di rumah lebih baik dan terjamin kebersihan. Anak-anak beli martabak dengan jiran yang sebelum ini buka kedai goreng pisang. Mereka pun tak sanggup membuat rangkaian kereta api (beratur panjang). - KitaReporters


Jika anda berminat untuk artikel perniagaan sebagai konten berbayar dalam portal ini boleh WhatsApp kepada penulis menerusi talian 011-10185702 atau emel [email protected]


Malang tidak diduga.

15
13
0
11
0
You will be interested