Selera & Santai 10 Feb, 2023

Lagi cerita Menu Rahmah! Akan dilancar di Pahang! Dengan libatkan restoran mamak, pengusaha tomyam!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this


Definisi sebenar Menu Rahmah adalah makanan tengah hari atau malam yang seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga kira-jira RM5 sepinggan.

Pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah iaitu penjualan makanan siap dimasak pada harga RM5 di Pahang akan dilancarkan pada minggu hadapan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh.

Beliau berkata sesi libat urus sedang dilaksanakan dengan pihak terlibat termasuk Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia (PERTOM) di Pahang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harga makanan

Fuziah Salleh pada sidang media ketika melawat francais Restoran Nasi Ayam Papa di Indera Mahkota


Beliau berkata, pihaknya turut mengalu-alukan lebih ramai pengusaha makanan di negeri ini untuk turut serta.

Selain itu, Fuziah berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga sedang mengenal pasti platform untuk meletakkan direktori kedai yang melaksanakan Menu Rahmah bagi memudahkan orang ramai mengetahui keberadaan kedai berkenaan.


Fuziah Salleh melawat francais Restoran Nasi Ayam Papa di Indera Mahkota. Di sebelah beliau ialah pemilik restoran, Mohd Nadzir Ali


Menurut Fuziah, KPDN juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu melaksanakan konsep Menu Rahmah selain daripada penjualan makanan, selepas inisiatif Menu Rahmah mendapat sambutan baik sehingga terdapat cadangan supaya konsep serupa diperluas kepada barangan lain.

“Kita tahu ramai yang susah pada masa ini dan kos sara hidup bukan hanya melibatkan makanan tetapi turut melibatkan perkara lain dan perkataan Rahmah itu sendiri bermaksud kasih sayang.

“KPDN sentiasa bersedia untuk mengadakan libat urus dengan pemain industri atau mereka yang terlibat untuk memastikan kos sara hidup dapat kita kawal,“ katanya kepada pemberita selepas melawat Restoran Nasi Ayam Papa di Indera Mahkota, Kuantan pada Selasa, 7 Februari 2023.


Fuziah Salleh (empat dari kanan) bergambar kenangan di Restoran Nasi Ayam Papa, Indera Mahkota


Restoran Nasi Ayam Papa merupakan perniagaan terbaharu di Pahang yang memperoleh lesen francais daripada KPDN iaitu pada November 2022 dan kini telah mempunyai tiga cawangan di Kuantan, sekali gus diharapkan menjadi contoh kepada usahawan lain untuk turut sama meningkatkan perniagaan mereka.

Fuziah juga memaklumkan setakat 2022, sebanyak 1,166 francaisor dari pelbagai sektor telah berdaftar dengan KPDN dengan di Pahang, terdapat sembilan francaisor dan 27 francaisi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata industri francais negara telah memperoleh sebanyak RM30.1 bilion nilai jualan pada tahun 2021 dan KPDN menyasarkan industri itu berkembang antara 20 hingga 30 peratus bagi 2023.

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya, Selangor pada 31 Januari 2022 yang menawarkan makanan siap masak pada harga harga RM5 dan susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2022 lalu. - KitaReporters


13
10
0
14
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago