Oleh ROSLI YAHYA
Orang ramai khususnya peminat-peminat kereta semestinya tidak akan melepaskan peluang melihat sendiri lebih dekat lagi himpunan 300 kereta yang akan dipamerkan sempena Malaysia Auto Fest 2024 (atau Festival Kereta Malaysia 2024) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Ahad, 1 Disember 2024.
Program pameran yang diadakan selama dua hari ini bermula pada 30 November dan berakhir pada 1 Disember 2024 merupakan penganjuran buat kali ketiga.
Menurut pengarah program, Dev Jbc berkata Ini merupakan pameran kereta, Car Lifestyle & Show Stopper yang dianjur secara percuma kepada semua masyarakat dan pengunjung.
"Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk memupuk sikap positif dalam kalangan remaja dan peminat peminat kereta dihimpunkan di bawah satu bumbung dengan keperbagaian jenis kereta berlangsung selama dua hari di Dataran Merdeka nanti.
"Antara jenis kereta yang dipamerkan nanti termasuk Mustang, GTR, Mazda, Toyota, Camaro Tesla, BMW, Nissan, Honda Alphard, Mini Cooper, Mitsubishi, Lamborghini, Hiace Dan Audi," katanya lagi.
Perhimpunan ini turut menarik penyertaan delegasi antarabangsa dari negara seperti Thailand dan Singapura.
Dijangkakan lebih 100,000 pengunjung tempatan dan serantau bakal menghadiri acara ini yang turut menawarkan peluang terbaik buat pemain automotif besar dan kecil di Malaysia pada himpunan kereta ini.
Dianjurkan oleh Persatuan Autoshow Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan Tourism Malaysia.
Pelbagai aktiviti lain yang menjadi selingan turut disediakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan acara Malaysia Auto Fest 2024 untuk menghiburkan para peserta dan juga pengunjung. - KitaReporters
Tags: