Selera & Santai 05 Jun, 2022

Tahu tak? Jangan buang kulit udang! Banyak khasiat kalsium untuk semua! Baik buat tulang, gigi!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RAMAI antara kita yang akan membuang kulit udang kerana hanya makan isi udang. Untuk pengetahuan semua kulit udang jangan pernah dibuang.

Seorang wanita telah berkongsi kebaikan kulit udang dalam Facebook. Katanya, kulit udang sangat tinggi dengan kalsium dan amat bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak. 

Dalam perkongsian yang dibuat dalam akaun Facebooknya, Mazliana Mazlan berkata, jika anda memberi anak makan udang kecil ajar sahaja anak makan sekali dengan kulitnya.

Jika udang besar, anak susah untuk makan, anda perlu kopek kulitnya dan dan renehkan sup kulit udang untuk anak. Jika boleh simpan stok air kulit udang untuk digunakan.


Lagi cerita



Kulit udang ini untuk golongan dewasa seperti kita disarankan makan isi udang sekali dengan isi untuk menambah kandungan kalsium di dalam badan.

Bagi mereka yang tak minum susu, kulit udang boleh menggantikan kalsium di dalam badan kita kerana makin berusia makin rapuh tulang.

Makanan yang selalu dibuang, yang tak nampak macam ada nilai sebenarnya banyak betul khasiat. Inilah namanya real food (makanan sebenar). Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan dan ia beri nutrisi pada tubuh badan anak. 

Kita cuba sama-sama perbanyakkan real food tinggi nutrisi buat anak-anak dan elakkan ultra processed food (makanan diproses) yang mungkin boleh bawa keburukan pada anak-anak jika diambil dengan kadar yang kerap. - KitaReporters


11
14
0
15
0
You will be interested