Selera & Santai 04 Nov, 2020

Peraturan larang tuba, bom, pukat ikan darat! Hanya pancing!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

PELANCONG yang berkunjung ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu diingatkan supaya tidak melakukan kegiatan menangkap ikan sesuka hati terutama menggunakan kaedah tangkapan yang merosakkan sumber seperti tuba dan bom ikan kerana kawasan tersebut digazetkan sebagai kawasan larangan tangkapan ikan. : KitaReporters


Dr Azman Ibrahim (empat dari kanan) bersama kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan benih ikan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 27 Oktober 2020.


Lagi cerita-cerita berkaitan perikanan:

https://kitareporters.com/search?search=perikanan


Ia juga bertujuan meningkatkan populasi perikanan di perairan Negeri Terengganu sama ada tasik atau sungai bagi  memulihara kepelbagaian biodiversiti. 

Sehubungan itu Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988 (Pindaan 1993) sedang dalam proses untuk ditambah baik bagi kita menyusun semula punca kuasa untuk mengawal dan menguruskan sumber perikanan darat dengan lebih baik lagi. 


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penyusunan semula punca kuasa itu penting untuk mengawal dan menguruskan sumber perikanan darat.

"Akta yang sedia ada cuma sekadar melindungi perikanan marin di laut sahaja. Jadi kita perlu buat enakmen supaya ada punca kuasa untuk kita menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan perikanan darat.

"Kaedah tangkapan menggunakan peralatan yang dilarang seperti tuba, pukat, bom dan sebagainya boleh merosakkan sumber dilarang sama sekali. Hanya memancing dibenarkan bagi mengekalkan kelestarian dan kelangsungan untuk satu tempoh yang panjang," katanya.


Dr Azman melepaskan benih ikan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 27 Oktober 2020.


Kerajaan negeri sedang meminda Peraturan Perikanan Darat Terengganu 1988 (Pindaan 1993) supaya sumber dan biodiversiti dapat dipelihara dengan lebih bersepadu.

"Kaedah tangkapan menggunakan peralatan yang dilarang seperti tuba, pukat, bom dan sebagainya boleh merosakkan sumber dilarang sama sekali. Hanya memancing dibenarkan bagi mengekalkan kelestarian dan kelangsungan untuk satu tempoh yang panjang. 

"Kita ingin menjadikan Tasik Kenyir ini sebagai daya tarikan aktiviti rekreasi seperti memancing kerana ia tidak merosakkan sumber. Saya meletakkan sasaran dikuatkuasakan pada tahun 2021, insya-Allah," katanya lagi.


Majlis Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Tasik Kenyir,Hulu Terengganu


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 27 Oktober 2020.

Pada majlis siri keempat itu, sebanyak 400,000 benih udang galah, 20,000 ikan lampam, 35,000 ikan terbol dan 30,000 ikan baung dilepaskan dengan anggaran nilai pasaran berjumlah RM120,000.

"Jumlah keseluruhan benih ikan yang dilepaskan di seluruh negeri Terengganu bagi Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan Ke Tasik Kenyir adalah sebanyak 940,260 ekor benih. Dengan anggaran nilai pasaran kira-kira RM270,000," kata Dr Azman. 

Tambahnya, kawasan tersebut juga telah digazetkan sebagai kawasan larangan tangkapan ikan.  


Tasik  Kenyir,Hulu Terengganu bakal menjadi lubuk ikan darat di negeri Terengganu


"Di samping kerajaan berusaha menggiatkan program pelepasan benih ikan, udang ke perairan untuk meningkatkan populasi dan biodiversiti, masyarakat turut berperanan menjaga sumber ini.

"Purata dalam 60 peratus anak benih yang dilepaskan boleh membesar menjadi dewasa. Tujuan kita nak meningkatkan populasi perikanan di perairan negeri Terengganu sama ada tasik atau sungai," katanya.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menerima peruntukan pembangunan persekutuan dan Negeri bagi tujuan pelepasan. Jumlah peruntukan yang diterima serta sokongan bekalan benih dari Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan (PPA) Perlok Pahang, PPA Bukit Tinggi, Pahang, PPA Tapah, Perak dan Pusat Penetasan Udang Galah (PPUG) Kampung Acheh Perak dapat mencapai sasaran pelepasan benih ikan sebanyak 300,000 ekor setahun.


Pelepasan pelbagai jenis benih ikan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menjadikan lokasi tersebut sebagai pusat aktiviti  memancing terkawal


Pada 2015 hingga 2019, sebanyak 1.8 juta benih ikan dari pelbagai spesis telah dilepaskan di perairan sungai dan tasik seluruh Negeri dengan anggaran nilai sebanyak RM0.57 juta. Antara spesis yang dilepaskan adalah ikan Kelah, Baung, Lampam Sungai dan Udang Galah. 

Katanaya, menerusi program itu seramai 215 nelayan darat berdaftar di Negeri Terengganu mendaratkan purata antara RM2 juta hingga RM 3juta hasil tangkapan setahun. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago