Selera Santai 17 May, 2022

Tahu tak? Daun misai kucing antara ulam-ulaman yang berkhasiat dan enak! Penawar banyak penyakit!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


POKOK misai kucing (orthosiphon stamineus, benth) adalah pokok herba yang terdapat di Asia Tenggara dan beberapa kawasan tropika Australia. Ia mula menarik perhatian pengkaji seawal permulaan abad ke-20, apabila pokok ini diperkenalkan ke Eropah dan menjadi teh herba popular yang dikenali sebagai 'Java Tea' (Teh Jawa).

Ekstrak pokok ini diguna secara meluas dalam perubatan tradisional untuk rawatan pelbagai penyakit terutama yang berkait dengan ginjal atau buah pinggang

Bukan itu sahaja, daun misai kucing digunakan sebagai penawar bagi batu karang ginjal, diabetes, gout, penyakit saluran dan peredaran darah dan reumatisma.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bahan-bahan herba


Namun ramai antara kita tidak mengetahui bahawa daun misai kucing turut digunakan sebagai perencah dalam masakan termasuk nasi goreng, nasi kerabu dan ulam-ulaman.

Aroma daun misai kucing menjadi nilai tambah dalam masakan membuatkan sesetengahnya gemar menanam sendiri, disebabkan harganya agak mahal. Dipercayai daun misai kucing digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan manisan kerana rasanya yang begitu unik.

Bagi Pensyarah Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) UPM, Prof. Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim, beliau menggunakan misai kucing dalam masakan sebagai penambah perisa daripada air rebusan misai kucing untuk memasak nasi bagi hidangan nasi ulam.  



Beliau yang juga pakar dalam bidang Makanan Warisan dan Budaya Malaysia berkata nasi ulam cukup sinonim di Malaysia dengan pelbagai jenis ulam-ulaman yang sihat serta dicampur sekali dengan warna yang menarik hasil daripada campuran ulam-ulaman tersebut. 

"Nasi ulam disediakan menggunakan herba dan ulam-ulaman yang boleh ditemui di hutan dan kebun-kebun sendiri. Namun bagi membezakan nasi ulam itu, adalah mengikut negeri dan ulaman yang digunakan.

"Dengan menggunakan daun misai kucing di dalam nasi ulam, ia menjadikannya lebih enak dan unik kerana daun misai kucing ini tidak pahit dan dan rasanya seperti teh dan baik untuk diamalkan," katanya lagi.



Orang ramai hanya mengamalkan meminum air rebusan daun misai kucing. Tetapi tidak tahu bahawa daunnya boleh dimakan sebagai ulam begitu sahaja atau diletakkan dalam masakan.

Tambahnya, pokok misai kucing adalah tumbuhan herba yang mempunyai banyak manfaat kepada semua. Seperti pengunaan dalam perubatan dan dalam masakan yang tidak diketahui oleh ramai.

Pucuk dicita Ulam Mendatang”, begitulah ungkapan pepatah Melayu yang menunjukkan kepentingan pucuk dan ulam dalam kehidupan suatu masa dahulu.

Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera.  

Selain itu, ulam-ulam tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai bahan dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu.  



Memakan ulam-ulaman ialah suatu amalan yang baik kerana selain membuka selera, selain ulam-ulam mempunyai khasiat dari segi pemakanan dan perubatan. 

Ini kerana, khasiat yang terkandung di dalamnya dapat dikekalkan tanpa mengalami kehilangan zat disebabkan oleh proses memasak yang dikenakan haba. 

Jika selama ini, ulam hanya sinonim dengan penduduk di luar bandar, namun senario ini telah berubah kerana ulam juga telah menjadi santapan biasa bagi warga di bandar dan juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa. - KitaReporters


11
14
0
11
0
You will be interested

Selamat Hari Bapa! 7 lokasi menarik untuk rai bapa, ayah, baba, abi anda! Pusing Selangor Dulu!

Hari Bapa jatuh pada 19 Jun setiap tahun. Tourism Selangor pilih 7 tempat secara rawak untuk sambut Hari Bapa bersama bapa, ayah, abah, baba, abi, suami, datuk

Editor 1 in Selera Santai 1 week ago

Apa benda mukbang tu? Halal ke haram? Sebelum buat video, baca dulu penjelasan daripada Mufti WP!

Mukbang merupakan suatu siaran langsung atau live dalam talian (online) di mana pengacara makan makanan pelbagai jenis sambil berinteraksi dengan para penonton
Zul Akmar Jamaludin in Selera Santai 1 day ago

Tenggelamnya Jumbo Restaurant! Restoran terapung kini jadi kenangan! Karam di Laut China Selatan!

Jumbo Restaurant, sebuah restoran yang jadi ikon dan kebanggaan pelancong Hong Kong kini tinggal kenangan apabila restoran mewah itu karam di Laut China Selatan
Adnan Mohamad in Selera Santai 2 days ago

Bestnya! Jom kawan-kawan! Sertai aktiviti Hujung Minggu Bersama Didi & Friends! 24-26 Jun 2022!

Program aktiviti Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios dan ditaja oleh Quill City Mall KL pada 24-26 Jun 2022
Editor 1 in Selera Santai 5 days ago

Best ni! Jom tubik ramai-ramai! Cabaran memancing pantai sambil beramal! Ada dikir barat amal!

Pada 25 Jun 2022, ada Cabaran Memancing Pantai DCZ Seaview Seafood Perdana Resort PCB, Kota Bahru. Juara bawa pulang wang tunai RM10k. Ada juga cabutan bonaza
Khadijah Ibrahim in Selera Santai 6 days ago