Selera & Santai 08 Oct, 2020

Tahniah McDonald's Malaysia! Diakui pembayar zakat korporat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyampaikan Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. Ini menjadikan syarikat pengendali tempatan McDonald's Malaysia sebagai penerima pertama Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada LZS. : KitaReporters

Saipolyazan M. Yusop (kiri) menyampaikan Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd yang diwakili oleh Azhar Darbi.


Lagi cerita-cerita berkaitan zakat: 

https://kitareporters.com/search?search=zakat


Penyerahan sijil tersebut merupakan satu bentuk akuan kepada syarikat-syarikat di Malaysia yang menunaikan zakat perniagaan di Selangor

Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd., pengendali tempatan McDonald's Malaysia, merupakan penerima pertama Sijil Pengiktirafan  Pembayar Zakat Korporat daripada LZS. Sijil ini akan dipamerkan di 94 restoran McDonald's di Selangor. 

“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan oleh LZS. Sesungguhnya, pembayaran zakat korporat merupakan komitmen berterusan kami sejak diambil alih oleh Reza Group beberapa tahun lalu. 

"Semoga zakat yang ditunaikan ini dapat terus membantu golongan yang memerlukan di Malaysia, di samping memenuhi kewajipan kami sebagai umat Islam,” kata Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi.

McDonald’s Malaysia telah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada 1 Disember 2016. Dengan pengambilalihan ini, syarikat khidmat makanan segera itu kini dimiliki pemegang saham atau pelabur yang majoritinya terdiri daripada umat Islam.

Pada tahun 2019 sahaja, McDonald’s Malaysia telah membayar Zakat korporat sebanyak RM1.4 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. Untuk negeri Selangor, sebanyak RM101,000 zakat korporat telah dibayar. 


“Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat ini merupakan inisiatif LZS untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat yang menunaikan zakat perniagaan di Selangor.  Ia juga sebagai dorongan kepada syarikat lain untuk tampil menunaikan kewajipan berzakat agar sama-sama dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam krisis COVID-19 yang berlaku. 

"Pada tahun ini, LZS menjangkakan jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin di Selangor akan meningkat sehingga 80,000 keluarga. Oleh yang demikian, kutipan zakat daripada pembayar di Selangor amat penting bagi memastikan kebajikan dan keperluan hidup asnaf di Selangor terpelihara dan seterusnya dapat menikmati hidup yang lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop.

“Pemberian Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat ini sebenarnya memberi nilai tambah kepada sijil halal sedia ada yang dimiliki sesebuah syarikat. 

"Ia secara langsung memberi kefahaman kepada pengguna berhubung urus niaga sesebuah syarikat dan membolehkan pengguna membuat pilihan yang lebih baik terhadap tempat atau perkhidmatan yang diingini. Semoga sijil yang diberikan kepada McDonald’s Malaysia hari ini mampu mengukuhkan lagi keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama McDonald’s di negara ini,” tambah Saipolyazan. 

Selain membayar Zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. 

McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago