Selera & Santai 03 Oct, 2022

Jom ngopi! Kopinya sedap tapi harga kayangan! Peminat kopi rai Hari Kopi Sedunia setiap 1 Oktober!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Kopi menduduki tempat kedua sebagai minuman kegemaran masyarakat dunia selepas air kosong atau plain water.


Kopi merupakan antara minuman kegemaran masyarakat dunia kerana keharuman aromanya dan kepahitan rasanya serta mengandungi kafein yang dapat merangsang serta menjadikan badan terasa segar.

Minuman itu menduduki tempat kedua sebagai minuman kegemaran masyarakat dunia selepas air kosong atau plain water.

Menurut pakar pemakanan antarabangsa, dianggarkan sebanyak 2.25 billion cawan kopi diminum orang di seluruh dunia setiap hari.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minuman kopi

Pengemar-pengemar kopi sentiasa menunggu 1 Oktober setiap tahun sebagai menghargai Hari Kopi Sedunia.


Malaysia juga tidak terkecuali apabila kita melihat begitu banyak kafe, kopitiam dan kedai kopi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. 

Tapi tahukah anda bahawa minuman kopi ada yang sudah bertukar menjadi simbol kemewahan? 

Buktinya ketika ini ramai orang-orang berduit atau kaya gemar berkunjung ke kafe seperti Starbucks, San Francisco Coffee, Gloria Jeans Coffees dan lain-lain.

Malah sebahagian mereka pula pergi ke kafe tersebut semata-mata mahu memuat naik gambar secawan kopi di dalam media sosial. 


Pengusaha-pengusaha kedai kopi atau kopitiam dan kafe terpaksa mengimport peralatan dan perkakasan termasuk pengisar kopi  dari luar negara sebelum memulakan perniagaan minuman kopi. - Gambar hiasan


Pelbagai faktor yang menjurus kepada kenaikan harga kopi iaitu seperti permintaan tinggi dan penawaran yang rendah, pengimportan (kopi) membabitkan pertukaran mata wang asing, cukai import, sewaan premis yang mahal, upah pekerja (barista) dan peralatan pengisar yang mahal.

Di Malaysia pengeluaran kopi mentah begitu rendah iaitu kurang 3%  untuk keperluan domestik.

Negara terpaksa mengimport sebanyak 97% biji kopi mentah iaitu bersamaan dengan 97,500 - 100,000 tan metrik tan (mt) setiap tahun dari Indonesia (48%) dan Vietnam (26%).

Jabatan Pertanian Malaysia pada 2020 merekodkan sebanyak 75 peratus kopi jenis Robusta dan Liberica (15%) ditanam di Sabah dan Johor.

Antara produk kopi yang menjadi kegemaran penduduk Malaysia ialah kopi serbuk (70.7%), kopi uncang (63.9%), minuman tersedia minum (55%) dan pracampuran 3 dalam 1 (50.2%). 

Pertubuhan Kopi Antarabangsa telah memilih tanggal 1 Oktober sebagai Hari Kopi Sedunia. Ia pertama kali diraikan pada  1 Oktober 2015 di Milan, Itali.  

Selamat Menyambut Hari Kopi Sedunia 2022. - KitaReporters

 


Sumber:

https://iluminasi.com/bm/10-kopi-paling-mahal-di-dunia.html

http://animhosnan.blogspot.com/2020/05/status-tentang-kopi-di-malaysia.html

https://www.researchgate.net/publication/342353212_Persepsi_dan_gelagat_pengguna_terhadap_kopi_di_Malaysia_ Consumers_perception_and_behaviour_towards_coffee_in_Malaysia 

https://www.thepatriots.asia/kisah-kopi-sebagai-minuman-para-sufi-kini-lambang-kekayaan/

https://www.sinarharian.com.my/article/90833/edisi/utara/keistimewaan-kopi-tradisional-pak-mat

10
13
0
13
0
You will be interested