Selera & Santai 10 Mar, 2021

Kreatif, unik dan cantik! Hasilkan lukisan menarik walaupun guna barang makanan, bahan dapur!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

HASIL KERJA Sally Magdy yang kreatif menggunakan bahan mudah dan ada di rumah. - Kredit foto: Facebook Sally Magdi.


LAZIMNYA coklat dan manisan dijadikan kudapan tapi tidak bagi seorang pelukis muda Mesir yang menjadikan beberapa jenis makanan sebagai bahan asas untuk dia melukis.  

Pelik kan? Tapi itu yang dIgunakan oleh pelukis, Sally Magdy Murad dalam berkarya dan menghasil lukisan yang luar biasa dan unik itu. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan lukisan:

https://kitareporters.com/search?search=lukisan


KOMBINASI madu dan coklat menghasilkan lukisan yang luar biasa.


Memetik laporan Oddditycentral, pelukis wanita berusia 25 tahun itu mula bereksperimen dan menggunakan beberapa jenis makanan yang ada di depan mata dan mudah diperoleh seperti coklat, madu, jem dan jus delima sepanjang tempoh kuarantin baru-baru ini.

Kombinasi beberapa makanan itu ternyata menghasilkan lukisan yang umphh dan luar biasa!

Sekali pandang tidak menyangka itu adalah daripada gabungan makanan dan bukan terhasil daripada cat warna yang seperti biasa digunakan pelukis-pelukis lain.

Kongsi gadis cantik itu, kebosanan yang melanda ketika dunia dilanda musibah pandemik Covid-19 ketika seluruh dunia menjalani kuarantin mendorong dirinya untuk  berani mencuba dengan menjadikan bahan-bahan mudah dan ada di depan matanya untuk dijadikan medium utama dalam berkarya.


KREATIF... hanya susunan menghasilkan lukisan yang menarik.



“Saya mulai memikirkan tentang apa yang dapat digunakan dan disukai semua orang, dan akhirnya saya merasakan makanan adalah sesuatu yang sangat sesuai memandangkan ia berdekatan dengan kita sepanjang masa.

“Ke mana sahaja saya melangkah, apa yang dilihat hanyalah makanan, jadi saya merasakan ia sangat sesuai dan perlu saya gunakan beberapa bahan daripada makanan yang boleh kita nikmati selepas melukis,” kongsinya.

Sejak itu Magdy menggunakan bahan-bahan yang mudah seperti jem, sirap dan madu ke dalam lukisannya.

Menariknya lagi, bukan makanan sahaja digunakan untuk dimasukkan dalam menghasilkan lukisan tetapi menggunakan bahan lain seperti pencungkil gigi, garam dan sudu dalam usaha menghasilkan lukisan yang luar biasa.



Katanya sejak kecil lagi dia sering menghabiskan masa dengan mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain.

Malah, bapanya yang juga seorang pelukis mula mengesan kebolehan Magdy selepas sering melihat dia menyertai pertandingan lukisan di sekolah selain sering menconteng  di dinding kediaman mereka.

“Dulu, ketika kecil saya melukis menggunakan cat warna seperti pelukis lain, namun apabila menginjak dewasa saya cuba bereksperimen sendiri dan ternyata menggunakan bahan-bahan lain yang mudah diperoleh seperti yang saya guna hari ini menghasilkan lukisan yang lebih cantik,” ujarnya.

Selain berbakat dalam menghasilkan lukisan unik, Magdy juga merupakan seorang penulis kaligrafi dan memasukkan elemen berkenaan ke dalam lukisannya.

Kalau dah kreatif semua benda jadi cantik! - KitaReporters

4
0
0
0
0
You will be interested